Hampir setiap hari, ada sahaja berita-berita jenayah yang berlaku di segenap pelusuk tanah air tercinta dipaparkan oleh media. Kes rompak, rogol, bunuh bukanlah sesuatu yang asing buat kita rakyat Malaysia pada ketika ini.Anak luar nikah pula dilaporkan semakin hari semakin meningkat jumlahnya.
Berikut statistik bilangan anak luar nikah di antara tahun 1999 dan 2003 ;
Selangor = 12,836
Perak = 9,788
Kuala Lumpur = 9,439
Johor = 8,920
Sabah = 8,435
Negeri Sembilan = 4,108
Pahang = 3,677
Kedah = 3,496
Pulau Pinang = 3,412
Melaka = 2,707
Kelantan = 1730
Perlis = 691
Sarawak = 617
Terengganu = 574
Jumlah = 70,430.
Anda jangan terkejut dulu kerana sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai lalu.
Perkara itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat, semalam
Apapun statistik hanya menunjukkan bilangan anak luar nikah DIDAFTARKAN sekaligus bukan jumlah sebenar keseluruhan anak luar nikah di Malaysia.
'Hebat' bukan?Inilah akibatnya tolak hukum Allah dan guna hukum buatan manusia.Anda fikirlah sendiri.
Saturday, March 6, 2010
Akibat Tolak Hukum ALLAH.
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 10:40 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment