Pages

Friday, November 13, 2009

Wang Royalti : Rakyat Kelantan Minta Hak Mereka, Bukan Sedekah Wang Ehsan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyelar sikap biadap dan double standard yang diamalkan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap tuntutan Kerajaan Kelantan berhubung isu Royalti Minyak yang dibayar oleh Petronas melalui Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN.
PAS kesalkerana Kerajaan BN melayan tuntutan rakyat Kelantan seperti melayani peminta sedekah, dengan mengumumkan 'wang ehsan' bagi mengantikan wang royalti yang dikatakan tidak layak diterima kerana kononnya Petronas beroperasi dikawasan bertindih.
Jawapan ini memperlekehkan tuntutan rakyat Kelantan yang mana mereka tetap berhak walaupun ia berada di kawasan yang bertindih. Sekurang-kurangnya bayaran royalti perlu dibayar kepada Kelantan yang jumlahnya sama dengan negeri yang bersempadan dikawasan bertindih itu.
Negeri-negeri lain yang mempunyai sumber minyak yang diterokai oleh Petronas seperti, Sabah, Sarawak, dan Terengganu mendapat wang royalti, tetapi kenapa Kerajaan BN hanya memberikan 'wang ehsan' sedangkan itu adalah hasil bumi Kelantan yang diakui oleh ramai pakar geografi dan petroleum termasuk dari pihak Petronas sendiri.
Krisis ini mengulangi kebiadapan Kerajaan BN terhadap rakyat yang satu ketika dahulu mengantikan wang royalti kepada wang ehsan kepada Kerajaan Terengganu selepas negeri itu diperintah oleh Kerajaan PAS. Ketika itu, wang ehsan itu diberikan melalui kroni-kroni mereka di dalam Jabatan Pembangunan Persekutuan yang ditubuhkan tanpa persetujuan Kerajaan Negeri.
Hal yang sama akan berlaku di Kelantan dimana duit 'wang ehsan' itu akan masuk ke kantung kroni BN melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan tanpa melalui Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan.
Jika ini berlaku, bermakna rakyat Kelantan tidak akan mendapat manfaat apa-apa melainkan sekadar layanan seperti peminta sedekah kepada Kerajaan Pusat. Wang royalti dirompak ditengah jalan oleh Kerajaan BN dan duit sedekah ehsan diberi untuk menunjukkan kepada rakyat yang kononnya BN prihatin, walhal mereka sepatutnya mendapat hak mereka, lebih dari nilai wang ehsan itu. Ini adalah cara fikir politik yang kotor, dendam dan tamak yang menjadi darah daging pemimpin BN.
Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sepatutnya malu untuk mengumumkan perkara ini di Parlimen, kerana apa yang beliau lakukan ini hanyalah satu lagi bukti kezaliman BN terhadap Kelantan yang sudah 20 tahun di tadbir oleh PAS dengan jayanya tanpa bantuan wang royati minyak yang sudah lama dituntut.
Inilah jasa Datuk Awang Adek selepas dilantik menjadi Senator dan Timbalan Menteri Kewangan oleh Najib kepada rakyat Kelantan. Mujurlah beliau dan sekutu BNnya kalah di Kelantan dalam Pilihanraya 2008, jika tidak rakyat Kelantan akan lebih menderita lagi jika beliau dilantik menjadi Menteri Besar.
ambo : royalti bernilai hampir RM1 billion hak semua rakyat Kelantan.Kerajaan tidak patut menidakkan hak kami semua.Tolanglah kami,beri hak kami.Kami bukan minta sedekah,tapi hak kami sendiri.Wang ehsan kononnya,kami rakyat Kelantan bukan bangsat,tapi cuma menuntut hak kami sendiri yang telah 'disorok' hampir 20 tahun oleh pihak...faham-faham sahaja la....ke dah guna semua wang kami untuk nafsu dan kepentingan peribadi???Jangan terus senyap,kami pun tahu bertindak.

pantun untuk pelajar melayu yang malas study

Can study continue STUDY
Can't study, work FACTORY
Cannot rely on CHARITY
Earn a little SALARY
Just enough 4 daily ROTI
Go work no WIRA but LRT.
Colleagues formerly FRIENDLY
Daily treated to KOPI
Now gradually get CRAZY
Behind me say I LAZY.
Boss has no SYMPATHY
Work always must HURRY
Say I not enough BUSY
Often ask me do OT
Midnight go back by TAXI
TAXI surcharge KILLING ME
Now i pokai and NO MORE MONEY
Borrow from along kena EXTRA FEE
Coz money is never FREE
Boy/girl-friend go STEADY
Serious, and then MARRY
Ceremony and PARTY
joker-friends give PANTY
No money sure no HONEY10 months later be DADDY
Wife at GH birth a BABY
Monthly pay back RHB
Earn not enough FEEL GUILTY
Nak jump down suicide and MATI
No money 4 funeral how to BURY
Because MALAYSIA BOLEH. SEMUA JADI.
*tiada kena mengena yang hidup atau yang MATI.