Bulan puasa memang ramai peniaga Melayu kita yang berniaga di bazar ramadan mahupun di tepi jalan.Pastinya mereka mahukan masakan mereka lain daripada yang lain.Begitu juga dengan ibu-ibu di rumah,mereka tentunya mahu menyediakan masakan yang paling istimewa untuk suami dan anak2 yang tercinta sebagai juadah berbuka puasa.
Sebagai hasrat untuk menolong Melayu kita,saya sediakan pelbagai resipi & menu untuk rujukan anda semua.Lebih 100 resipi nasi,ayam,ikan,sotong,ketam terdapat.Kuih-muih dan pencuci mulut seperti puding juga ada!Selamat memasak!!!slurrrrpppp!
TERIMA KASIH KPD ISU HANGAT
Saturday, August 29, 2009
PELBAGAI RESIPI SEMPENA RAMADHAN
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 12:29 PM 0 comments
Friday, August 28, 2009
OH...IBU..
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku .. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 2:53 PM 0 comments
ANTARA EMAK & PASANGAN
-Bila sedih, aku cari....Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Mak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 2:50 PM 0 comments
MARI KITA TOLONG SAUDARA KITA
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 2:45 PM 0 comments
Tok guru Nik Aziz saman media isu Syurga
Laporan serangan yang dikiraa fitnah tiga media pro Umno ke atas peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya berhenti, apabila Mursyidul Am PAS itu mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3.
Penasihat Undang-Undang PAS Mohamed Hanipa Maidin pagi tadi menjelaskan Nik Aziz mahu ketiga-tiga media terbabit menarik semula kenyataan 'isu Surga dan Islam Palestin' serta memohon maaf secara terbuka dalam masa tujuh hari kepada anak guamannya itu; sekiranya tidak mahu saman itu diteruskan.
Masa yang diberikan adalah prosedur biasa dalam perundangan dan Hanipa menjelaskan bahawa tuntutan guamannya itu tidak terikat pada masa pilihanraya kecil Permatang Pasir; iaitu sehingga 25 Ogos depan.
Sambil menyifatkan laporan-laporan terbabit berniat jahat (mala fide), Hanipa menjelaskan bahawa ianya berbeza dengan pendedahan yang dilakukan PAS ke atas calon Umno Rohaizat Othman.
"Berbeza dengan pendedahan yang dibuat (ke atas) Rohaizat. Apabila kita mempertikaikan kredibiliti Rohaizat (calon Umno), kita (PAS) mempunyai bukti-bukti dan kita tidak bercakap tanpa bukti-bukti. Bukan kita bercakap dengan ambil kenyataan yang kita reka (manipulasi)."
"Mereka menyerang (peribadi) tanpa mengenal pasti apakah kenyataan sebenar Tuan Guru (Nik Aziz). Itu adalah (laporan) mala fide (berniat jahat) tiga media terbabit."
Tambahnya lagi, Nik Aziz sudah memohon injunksi supaya kenyataan-kenyataan yang memfitnah dirinya tidak lagi disiarkan media-media terbabit.
"Jadi, kita harap dengan pendedahan terbaru Tv3 tentang apakah rakaman sebenar yang dibuat Tok Guru (Nik Aziz), supaya menghentikan segala serangan peribadi ke atas Mursyidul Am PAS."
Semalam, Buletin TV3 mendedahkan rakaman sebenar kenyataan Nik Aziz.
"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik (bukan Palastin). Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.?
Sejak seminggu lalu, beberapa media arus perdana melaporkan Nik Aziz - "anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin".
Kalau saman sahaja alat untuk menghentikan fitnah mengapa tidak dilakukan oleh sesiapa sahaja tak kira UMNO atau pun PAS. Ini supaya politik Malaysia bersih dari fitnah menfitnah. Jika tiada bukti boleh kena saman
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 1:28 PM 0 comments
Thursday, August 27, 2009
puasa datang lagi....
haa....puasa mai lagi....syukur la weh...arap2 poso taun ni ambo cukup supo taun2 lepas..tp gak poso perut sajo gak xcukup..keno jugok poso dalaman nih..keno la jugok kito poso mulut,mata,tangan,telinga dan otak....
ni la firstime aku poso kt negeri ore...adoi rindu bangat sama kg halaman...kt kg lagi besh,solat ngan family aku...bukak poso pom sama2..tp kt cini sumanya keno wt sendiri...xpo la,aku kan dah besar keno la blajar wt suma 2...
xsabo la nk kelik kelate..indu ko kampung la...makanan kt kelate jauh ag besh kt cini...he he he...2 mngu ag aku balik la....kota bharu,tunggu!!!KAWE CABAR DEMO!!!
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 11:30 PM 0 comments