Pages

Saturday, June 20, 2009

ujian personaliti

haaa...
ni satu lagi download menarik untuk korang....korang leh tau apa personaliti korang yang sebenarnya,mungkin tidak tepat 100%,tapi kena la jugak!!

kenapa perlu had 10 subjek?

1.Dasar pelajaran negara semakin pening macam kepala pemimpin Umno pening melihat rakyat tidak mahu BN.

2.Setiap kali berubah Menteri, maka berubahlah dasar. Yang menjadi mansa ialah guru, pegawai kementerian dan pelajar.

3. Dasar berubah hendak tunjuk setiap Menteri ada idea baru walaupun isinya habuk tidak ada. Apabila Mahyudin Yasin menjadi Menteri Pelajaran, maka ia mencadangkan pelajar SPM hanya ambil setakat 10 matapelajaran dan hendak wajib subjek Inggeris wajib lulus dalam SPM.

4.Kenapa beliau hendak hadkan 10 mata pelajaran sahaja. Berilah demokrasi sikit pada pelajar yang hendak ambil lebih mata pelajaran. Pelajar yang hendak ambil lebih dia tahulah kemampuannya. Pelajar yang tidak mampu mereka tidak ambil lebih mata pelajaran hanya cukup makan sahaja.

5. Apa masalahnya pelajar hendak ambil lebih daripada 10 mata pelajaran. Apakah pemimpin Umno cemburu kerana yang berjaya mendapat cemerlang dalam SPM adalah daripada sekolah agama kerajaan negeri Kelantan yang diperintah oleh seorang Tok Guru.

6. Menghadkan 10 mata pelajaran juga sebagai satu usaha untuk tidak menggalakkan pelajar bukan Islam yang berminat untuk mengambil mata pelajaran agama seperti Tasawwur Islam.

7.Menghadkan 10 mata pelajaran juga seolah-olah hendak menyekat kebolehan pelajar sekolah agama yang berkemampuan untuk mengambil lebih mata pelajaran.

8. Kemampuan yang dibuktikan oleh pelajar sekolah agama yang cemerlang dalam sijil terbuka adalah jawapan untuk menolak dakwaan pemimpin umno bahawa pelajar sekolah agama berfikiran tertutup dan mundur dalam pelajaran kerana gurunya sibuk berpolitik.

9. Sekarang terbukti bahawa pemimpin Umno adalah orang yang mundur terkebelakang.


p/s ; bayangkan tiada lagi wajah-wajah anak melayu islam yang mendapat 17 A,18A,20A, dan 21A menghiasi muka depan akhbar-akhbar.

tan sri cina vs wartawan melayu

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,
Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah
semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh... sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.

antara dua darjat

Isu hangat di Berita TV kisah cadangan penyatuan PAS dan UMNO.Kalau dari segi positifnya memang baik kerana dapat menyatukan Melayu Islam di Malaysia tetapi bolehkan mereka bersatu sedangkan dasar perjuangan parti kedua-duanya yang jelas berbeza.

Kalau dari kaca TV, UMNO bersikap positif dalam cubaan pertubuhan Kerajaan Perpaduan ni tetapi di belah satu lagi menjadi sedikit perselisihan antara pemimpin-pemimpinnya iaitu Timbalan Presiden Nasharudin Isa dan Tok Guru Nik Aziz.

Manakala Dalam satu sidang media yang diadakan di lobi Parlimen semalam, 10 MP Pas mendatangani satu kenyataan menyokong pendirian Tok Guru menolak cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

"Kami bersetuju PAS perlu mengukuhkan hubungannya dengan komponen Pakatan Rakyat dan kami menolak kerjasama dengan Umno," kata Dr Hatta.

Saya malas nak cerita politik ni tetapi saya kongsikan slide politik yang menunjukkan perbezaan perjuangan PAS dan UMNO yang bertajuk "Antara dua darjat"

ini barulah pemimpin unggul



Mahmoud Ahmadinejad mengekalkan jawatan sebagai Presiden Iran setelah memenangi pemilihan Presiden, sabtu lalu. Ahmadinejad mendapat 62.63 % undi manakala Mir Hossein Mousavi, hanya mendaapat 33.75 % .

Ahmadinejad boleh dikatakan satu-satunya pemimpin negara Islam yang berani dengan lantang menentang Amerika Syarikat, manakala lawannya Mir Hossein Mousavi pula mempunyai dasar perundingan dengan Amerika.

Ahmadinejad juga dilihat seorang yang zuhud, beliau sering dilihat tidak mengisahkan status sebagai seorang Perdana Menteri dan bersikap seperti rakyat biasa seperti tidur di atas karpet, sembahyang di tepi jalan dan sembahyang bercampur dengan rakyat biasa tanpa pengawal peribadi.












p/s ;adakah pemimpin kita di Malaysia pun begini??tepuk dada tanya mata....

LAWAK PENDEK

LEMAH BI

Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?

Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain.
Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis.
Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU

Doktor
: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.