Pages

Friday, February 26, 2010

kasih ibu ayah

"mama....bak duit sikit...nak beli barang la..."kata aku.
"berapa yang tiqi nak?"tanya mama ku.
"alaaa....sikit je mama,rm50 cukup la".kata ku selamba.
"tiqi amik la kat purse mama tu k".jawab mama ku tenang.

erm...sebelum aku mengata kat orang lain baik aku mengaku kesalahan diri aku dulu.Betapa mudahnya aku meminta duit,lebih mudah mama aku bagi duit kat aku.Bagi aku si ibu pada tidak pernah ada rasa sayang atau cinta terhadap anaknya.Tapi si ibu punya rasa kasih yang melebihi segalanya.Rasa kasih yang tidak berbelah bahagi pada anaknya.

Begitulah mama ku jua,kasih sayangnya pada aku dan kepada anak2nya yang lain tidak pernah pudar malah semakin bercambah umpama benih.Ianya tetap tumbuh dan tumbuh biarpun disiram dengan racun.Kami anak2 mama akan jaga mama lebih daripada kami jaga diri sendiri,insyaALLAH.

Tapi anak zaman sekarang memang tidak tahu dek untung.Nak bagi mak bapak duit rm50 sebulan pun susah.Bukannya kerja penyapu sampah atau buruh kasar,tapi anak yang berpangkat yang gajinya beribu-ribu ringgit sebulan!Ada lagi yang jenis xreti nak jengguk mak bapak kat kampung bertahun-tahun lamanya.Paling sedih bila ada yang sanggup tinggal mak bapak kat rumah orang tua,yang maki hamun mereka,yang tak mengaku mak bapak kandung yang....yang....dan pelbagai yang lagi yang xsanggup aku nak kasitau dah.Mereka ni anak ke apa?

Dulu yang basuh berak kita siapa?Yang biayai pendidikan kat kita sampai kita berjaya siapa?Yang bawa kita pergi klinik time kita sakit siapa?Yang membesarkan kita siapa?Jawablah.....

So,kalau siapa yang masih ada ibu ayah kat dunia ini,masih belum terlambat.Pulanglah pada mereka.Minta ampun dan maaf.Kalau tak,takut tak sempat,nak mati esok lusa susah kita.Lagi,anti anak-anak kita pula akan buat sama cam kita buat kat mak bapak kita dulu.

Monday, February 22, 2010

Atlet Melayu terbilang

JAGUH keirin siri Piala Dunia Klasik, Azizulhnasi Awang terkejut apabila mengetepikan dua atlit bergelar Datuk, Lee Chong Wei dan Nicol Ann David untuk dinobatkan Atlit Terbaik Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 100 Plus.



“Saya belum pernah merangkul Anugerah SAM dan kejayaan ini tiba tepat pada masanya ketika Kejohanan Dunia semakin hampir. Ia pembakar semangat terbaik untuk berlatih lebih gigih kerana saya sudah memasuki fasa persediaan akhir.


“Selepas sekadar dicalonkan musim lalu, saya anggap kejayaan ini mengejutkan. Terima kasih kepada semua pihak yang menghargai keringat saya selama ini dan diharap, saya akan berjaya di Denmark,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana tidak dapat menghadiri majlis itu.

Tahniah buat beliau.Atlet melayu yang lain harus menjadikan beliau sebagai 'role model' untuk lebih berjaya dalam bidang masing-masing.Harapan kami kepada Azizulhnasi,agar beliau terus komited dengan kejayaannya.

Bangkitlah anak MELAYU!


Ramai yang tidak dapat melupakan pemain badminton negara,Muhammad Hafiz Hashim memenangi kejuaraan All-England pada tahun 20003.Anak melayu Kelantan ini mengharumkan nama negara lantas melonjakkan namanya sebagai pemain badminton yang digeruni pada masa itu.Namun,itu cerita 7 tahun dulu,sekarang tengok saja prestasinya yang semakin merosot.


Cerita yang sama berlaku juga kepada beregu no 2 negara,Fairuzizuan Tazari-Mohd. Zakry Latif,mereka seakan-akan semakin hilang keserasian.Sampai bila perkara ini mahu berlanjutan.Kami peminat badminton negara sudah bosan dengan kejayaan Lee Chong Wei mahupun dengan kemenangan Koo Kean Keat-Tan Boon Heon.Kami mahukan kejayaan daripada anak bangsa kami sendiri iaitu anak MELAYU!Ayuh!Lantas bangkitlah!

Ketika menonton perlawanan membabitkan pemain negara kami akan bersorak dengan kuat.Kami memberi sokongan kepada Lee Chong Wei mahupun kepada Koo Kean Keat-Tan Boon Heon,namun,apabila perlawanan itu membabitkan anak melayu,kami bersorak sepuluh kali lebih kuat kerana kami lebih bangga dan bersemangat dengan anak bangsa kami sendiri.Maka,tolonglah bangkit.Jangan hampakan kami lagi.

petualang di sebalik kota maksiat

Boleh dikatakan setiap hari kita dihidangkan dengan berita serbuan pihak berkuasa ke atas pusat-pusat urut.Banyak benar yang pusat urut haram di Malaysia ini terutamanya di Kuala Lumpur dan Selangor.

Pusat urut itu pula bukannya hanya menawarkan urutan fizikal semata-mata malah lebih kepada urutan 'manja' atau urutan 'batin'.Lebih tepat pusat-pusat saperti ini menawarkan perkhidmatan seks kepada orang ramai.

'Jasa' ini sebenarnya hasil bekas Menteri Besar Selangor,Khir Toyo yang banyak memberi lesen kepada 'bapa ayam' untuk membuka pusat-pusat urut,pusat-pusat hiburan,pub-pub,disko-disko dan yang sewaktu dengannya.Tepukan gemuruh kepada beliau yang sudah berjaya membuka pelbagai tempat maksiat ini.

Harapan semua mukmin Malaysia agar semua tempat maksiat ini ditutup serta merta agar kita tidak mendapat bahagian dosa akibat daripada perbuatan munafiq-munafiq ini.

Sunday, February 21, 2010

Minta Sahianathan letak jawatan


Letak jawatan seger!Itulah kata yang paling sesuai untuk dituju kepada beliau selepas kegagalan pasukan bola sepak kelantan pada piala FA.Kelantan tewas kepada Kedah di laman sendiri pada pusingan kedua kejohanan lantas mengecewakan ratusan ribu penyokong pasukan bola sepak Kelantan.


Boleh dikatakan,B.Sathianathan hanya bernasib baik pada musim lepas selepa berjaya membawa Kelantan ke pusingan akhir Piala Malaysia yang sebelum itu dibimbing oleh Peter Butler.Permainan Kelantan meningkat atas bimbingan bekas jurulatih itu dan bukannya oleh Sathia.

Pada permulaan musim ini,Kelantan bermula goyah setelah mencatat kekalahan dan tiga kali seri.Ini semua salah Sathia yang tidak dapat membimbing skuad Kelantan dengan mantap walaupun sudah menghabiskan duit Persatuan Bola Sepak kelantan dengan membawa lapan orang pemain baru.Pemain-pemain baru yang dibawa masuk jelas tidak dapat digandingkan dengan baik oleh Sathia.

Oleh itu,adalah lebih baik Sathia letak jawatan serta-merta sebelum dia memunahkan skuad kelantan seperti yang pernah beliau lakukan kepada pasukan kebangsaan.Tolonglah berundur segera Sathia.