Pages

Tuesday, March 9, 2010

Perhintungan Dua Gergasi Eropah ; Arsenal vs Porto.



Malam ini bakal menentukan kelab mana yang akan mara ke peringkat suku akhir apabila Porto berkunjung ke Stadium Emirates.Porto nampaknya mempunyai sedikit kelebihan apabila menang pada aksi pertama menentang Arsenal dengan kemenangan tipis 2-1.

Bagaimanapun,Arsenal tetap mempunyai kelebihan kerana mereka akan beraksi di laman sendiri.Kehadiran semula Andrey Arshavin akan menyuntik sedikit keyakinan kepada skuad kendalian Arsene Wenger itu.Namun,skuad muda ini tempang apabila 'mastermind' dan juga kapten mereka,Cesc Fabregas dan pemain muda Aaron Ramsey tidak dapat beraksi akibat kecederaan.



Perlawanan malam ini pastinya akan tertumpu lebih kepada ayam tambatan kedua-dua pasukan.Porto pastinya mengharapkan penyerang profilik mereka iaitu Falcoa Garcia (gambar) dan Arsenal semestinya mengharapkan keajaiban Andrey Arshavin (gambar).

0 comments: