Pages

Saturday, October 8, 2011

join blog baru aku!

kawan2...aku dah xupdate blog ni la...hi hi...join blog baru aku jom kt

http://diariuntukmasadepan.blogspot.com/

tenkiu!!

Wednesday, March 24, 2010

satu yang tiada dua

“Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.

Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu! Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”.

“-Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT. -Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah SWT berfirman, “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami) (Al-Isra’:12)”. -Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh. -Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an. – Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu. -Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk. -Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang (Al-Mulk: 3)”. -Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka (Al-Haqah: 17)”. -Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mukjizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu; tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.* -Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWT berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat (Al-An’am: 160)”. -Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah saudara-saudara Nabi Yusuf -Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mukjizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air (Al-Baqarah: 60)”. -Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah SWT berfirman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing (At-Takwir: 18)”. -Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS. -Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ” tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Yusuf:98)” -Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai (Luqman: 19)”. -Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Salih dan Kambing Nabi Ibrahim. -Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim (Al-Anbiya’: 69)”. -Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Salih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua). -Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT? “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar (Yusuf: 28) “. -Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya; Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari”.

Friday, March 19, 2010

Berbahagialah Menjadi Seorang Muslimah.

Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.

PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.

Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…
demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?
Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?
masih tak nak jaga aurat??
Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!

Thursday, March 18, 2010

Kementerian Tidak Iktiraf Pelajar YIK

Seperti yang dilaporkan akhbar , pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak, Gladys Tan Yee Kim (gambar) diumumkan pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila memperoleh keputusan 10A+ dalam semua mata pelajaran.

Tahniah kepada beliau kerana mendapat keputusan yang sungguh cemerlang.Akan tetapi kenapa pelajar yang mendapat keputusan yang jauh lebih cemerlang daripada dia tidak dipilih menjadi pelajar terbaik Malaysia?

Pelajar Maahad Muhammadi Lelaki,Ahmad Harith Bin Zabidi Azhar yang mendapat keputusan 15 A lansung diketepikan.Adakah 10 A lebih banyak daripada 15 A? Tiada lansung laporan akhbar mengenai diri anak bangsa Melayu ini.Kenapa?Adakah kerana dia bukan 'warga kementerian'?Beginilah sikap kerajaan pusat yang bodoh sombong.Tidak mengiktiraf pelajar Yayasan Islam Kelantan,malah sanggup 'mengangkat' anak bangsa lain.



Patutla Muhyiddin Yassin beria-ria sangat mahu mengehadkan pelajar untuk mengambil 10 subjek sahaja bagi SPM bermula tahun ini.Dia mahu mengelakkan keaiban dengan menafikan hak pelajar untuk menuntut ilmu.Pemikiran jenis apakah dia?

Tuesday, March 9, 2010

Perhintungan Dua Gergasi Eropah ; Arsenal vs Porto.



Malam ini bakal menentukan kelab mana yang akan mara ke peringkat suku akhir apabila Porto berkunjung ke Stadium Emirates.Porto nampaknya mempunyai sedikit kelebihan apabila menang pada aksi pertama menentang Arsenal dengan kemenangan tipis 2-1.

Bagaimanapun,Arsenal tetap mempunyai kelebihan kerana mereka akan beraksi di laman sendiri.Kehadiran semula Andrey Arshavin akan menyuntik sedikit keyakinan kepada skuad kendalian Arsene Wenger itu.Namun,skuad muda ini tempang apabila 'mastermind' dan juga kapten mereka,Cesc Fabregas dan pemain muda Aaron Ramsey tidak dapat beraksi akibat kecederaan.



Perlawanan malam ini pastinya akan tertumpu lebih kepada ayam tambatan kedua-dua pasukan.Porto pastinya mengharapkan penyerang profilik mereka iaitu Falcoa Garcia (gambar) dan Arsenal semestinya mengharapkan keajaiban Andrey Arshavin (gambar).

Saturday, March 6, 2010

Akibat Tolak Hukum ALLAH.

Hampir setiap hari, ada sahaja berita-berita jenayah yang berlaku di segenap pelusuk tanah air tercinta dipaparkan oleh media. Kes rompak, rogol, bunuh bukanlah sesuatu yang asing buat kita rakyat Malaysia pada ketika ini.Anak luar nikah pula dilaporkan semakin hari semakin meningkat jumlahnya.

Berikut statistik bilangan anak luar nikah di antara tahun 1999 dan 2003 ;

Selangor = 12,836
Perak = 9,788
Kuala Lumpur = 9,439
Johor = 8,920
Sabah = 8,435
Negeri Sembilan = 4,108
Pahang = 3,677
Kedah = 3,496
Pulau Pinang = 3,412
Melaka = 2,707
Kelantan = 1730
Perlis = 691
Sarawak = 617
Terengganu = 574

Jumlah = 70,430.





Anda jangan terkejut dulu kerana sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat, semalam

Apapun statistik hanya menunjukkan bilangan anak luar nikah DIDAFTARKAN sekaligus bukan jumlah sebenar keseluruhan anak luar nikah di Malaysia.

'Hebat' bukan?Inilah akibatnya tolak hukum Allah dan guna hukum buatan manusia.Anda fikirlah sendiri.

Wednesday, March 3, 2010

Hidup Islam!Hidup Melayu!



Isu penindasan kaum Cina di Pulau Pinang menjadi polemik hangat diperdebatkan di seluruh Malaysia.Berita penindasan kaum Cina terhadap tuan negara ini iaitu bangsa Melayu terpampang di dada-dada akhbar dan hangat diperkatakan samada di pejabat,sekolah,mahupun di kedai-kedai kopi.

Penindasan yang diketuai oleh 'Ketua Komunis Malaya' Lim Guang Eng menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap bangsa Melayu yang merupakan tuan punya tanah.Mungkin Guang Eng berasa berani kerana mengikut statistik,bangsa Cina merupakan bangsa majoriti di Pulau Pinang.Namun,jika kail panjang sejengkal,lautan dalam jangan hendak diduga.Mungkin dia lupa bahawa Melayu Islam tetap merupakan bangsa majoriti di Tanah Melayu (Malaysia).



Kami Melayu Islam akan mempertahankan tanah air kami daripada dinodai oleh kafir laknatuLLAH saperti Lim Guang Eng.Kami tidak sanggup melihat saudara kami mengemis di negeri sendiri.Itu janji kami.Jika kalian benar-benar berani,kami cabar kalian.Tengok apa tindakan kami.

Pulau Pinang bakal jadi seperti Singapura.


MELAYU tidak mampu lagi tinggal di Pulau Pinang berikutan kenaikan harga rumah dan percukaian hartanah. Di mana mereka tinggal sekarang? Kebanyakan dalam rumah kecil dan sesak seperti Tanjung Tokong dan Rifle Range.

Mereka turut menghuni rumah pangsa satu bilik, di atas tanah wakaf, tanah terbiar, 'tanah tumpang' atau tanah Tol kerajaan. Berdasarkan ringkasan laporan disediakan bersama Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU), pemilikan tanah Melayu di sebelah pulau merosot berikutan perpindahan mereka ke Daerah Barat Daya selain Seberang Prai Utara, Seberang Prai Tengah.

"Kalau kerajaan negeri menyedari masalah Melayu terpinggir di Pulau Pinang maka perlu dan tiba masanya untuk mereka duduk bersama mencari satu pelan tindakan baru untuk menyelesaikan keadaan sekarang ini. Kita lihat tidak ada (tindakan kerajaan)," kata Presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMM), Rizal Faris Mohideen Kadir.

Presiden GPMS, Jais Abdul Karim, berkata "kerajaan negeri hendak 'menghalalkan' peniaga Batu Feringgi yang merangkumi 99 peratus Cina. Kenapa ada sikap sebegini?".

"Kita bukan bermusuh dengan penduduk Cina dan India yang ada tetapi masalahnya ialah Guan Eng. Itu adalah fokus masalah kita," kata anak jati Kampung Melayu Tanjung Tokong itu.

Beliau mengimbas kembali janji pemimpin parti pembangkang dalam kempen pilihan raya umum 2008 lalu, bahawa perkampungan Melayu di Tanjung Tokong akan dijadikan tanah warisan. Tetapi selepas mengambil alih kerajaan negeri, mereka mendakwa tiada kuasa dan kawasan itu adalah tanah Kerajaan Persekutuan.

"Bagi saya, ini satu pembohongan dan penipuan yang sejelas-jelasnya kepada orang Melayu di Tanjung Tokong yang memberi kepercayaan kepada mereka, kononnya mengundi mereka adalah demi mempertahankan tanah berkenaan. Hari ini, orang Melayu di Tanjung Tokong masih lagi berhempas pulas dan berjuang untuk mempertahankan tanah itu," katanya.

Perkampungan yang dihuni 3,000 penduduk itu adalah tanah Tol yang sudah dibatalkan hak milik oleh kerajaan negeri. Dengan mencadangkan statusnya ditukar kepada kampung warisan maka kampung itu akan dikekalkan.

"Kalau berani, kami cabar kerajaan negeri untuk datang dan robohkan perkampungan kita. Lihatlah apa tindakan kita. Jadi kami kini umpama tinggal di perkampungan setinggan sebab tidak tahu tanah itu hak milik siapa. Dia nak halau kami bila-bila masa saja boleh," katanya.

Beliau difahamkan kawasan itu hendak dimajukan dengan pangsapuri mewah yang mencecah RM1 juta seunit dan penduduknya yang 100 peratus Melayu akan dipindahkan ke lokasi lain.

"Bagaimana orang Melayu di kampung itu yang kerja kilang dengan gaji RM1,000 sebulan nak beli rumah itu? Semua ini bertujuan menghalau orang Melayu dari pulau ini dan pulau ini hanya boleh diduduki orang yang berpendapatan tinggi," katanya.

Sebaliknya, kerajaan negeri menjemput penduduk Singapura dan Hong Kong datang mendiami Pulau Pinang sebagai rumah kedua mereka.

Jais turut mendedahkan dasar komuniti perniagaan dan sektor swasta Cina di negeri itu yang mewajibkan syarat menguasai bahasa Mandarin untuk calon yang mahu mencari pekerjaan. "Perkara itu adalah mustahil bagi orang Melayu. Ini benda yang tak masuk akal dan kita sedar bahawa inilah agenda dia sebenarnya dan ke mana arah dia nak bawa Pulau Pinang ini memang cukup jelas bagi kita," katanya.

Tok Guru ; Awang Adek kulit muka tebal seperti tapak kaki.


Menjelaskan apa yang berlaku Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sifat malu hanya ada pada orang mukmin sahaja.

“Tetapi orang yang kulit muka tebal seperti menggunakan kulit tapak kaki kerana tidak akan ada perasaan malu,” katanya pada persidangan Dun terbabit.

Isu berkenaan ditimbulkan Wan Yusof Wan Mustafa (PAS-Gual Ipoh) ketika Abdul Fattah menjawab soalan Mohamad Awang (PAS-Gual Periuk).

Persidangan Dun Kelantan berakhir tengah hari tadi.

Awang Adek conteng arang di muka sendiri

"Ambo memang tak tahu malu".Mungkin itu lah bisikan hati beliau setelah ‘merampas’ tempat Menteri Besar melakukan upacara pelepasan pelumba Le Tour de Langkawi (LTdL) dibangkit pada persidangan Dun hari ini.

Hassan Mahmood (PAS-Tawang) mahu perkataan biadab digunakan bagi menggambarkan situasi sebenar yang berlaku semalam kerana ada cubaan memalukan seorang ketua kerajaan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood (gambar) berkata, beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sambutan LTdL peringkat negeri telah menetapkan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melakukan upacara pelepasan tersebut.

“Malah dalam surat-surat yang dihantar kepada ketua-ketua jabatan telah disebut dengan jelas flag off akan dilakukan Menteri Besar. Dan semua orang telah maklum perkara itu.

“Dalam mesyuarat sebelum itu hanya nama Menteri Besar dan Pemangku Raja sahaja yang disebut untuk melakukan pelepasan.

“Namun memikirkan majlis itu berlaku dalam tempoh singkat dan kesibukan Pemangku Raja maka telah diputuskan Menteri Besar melakukan flag off. Langsung tidak ada nama Awang Adek,” katanya ketika menjelaskan peristiwa semalam pada persidangan Dun.

Pada upacara pelepasan pelumba LTdL bagi peringkat pertama Kota Bharu ke Kuala Berang, Terengganu semalam difahamkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) tiba-tiba meminta Awang Adek melakukan pelepasan sedangkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masih berada di situ.

Lebih mendukacitakan lagi apabila Menteri Besar pada awalnya tidak dibenarkan menaiki pentas utama pelepasan setelah Awang Adek dan pengarah JPP lebih awal berada di atas.

Ekoran itu difahamkan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan mengarahkan Menteri Besar diberi tempat di atas pentas terbabit bersama Awang Adek.

“Namun ketika itu bendera untuk flag off telah berada di tangan Awang Adek. Menteri Besar hanya berada di atas pentas sekadar memerhati apa yang dilakukan Awang Adek,” kata Abdul Fattah.

Menurut sumber lain, sabotaj itu difahamkan telah dirancang lebih awal oleh Umno yang berselindung di sebalik JPP bagi memalukan ketua kerajaan Kelantan.

Anggota Exco terbabit berkata, pada jam 9.15 pagi sebelum upacara pelepasan dilakukan tidak ada perubahan lagi dari segi protokol untuk melakukan flag off.

Namun katanya, ketika pelepasan mahu dilakukan tiba-tiba juruacara majlis menyebut nama Awang Adek, sedangkan Menteri Besar masih ada di situ.


Gambar: Awang Adek flag off peserta LTdL dari Kota Bharu ke Kuala Berang, semalam.

“Ini sesuatu yang betul-betul memalukan tidak pernah berlaku sepanjang 20 tahun pentadbiran kerajaan PAS.

“Malam tadi saya telah memaklumkan apa yang berlaku dalam facebook perdana menteri. Dan sekarang kerajaan negeri sedang mendrafkan surat untuk menghantar bantahan rasmi kepada Perdana Menteri,” ujarnya.

Beliau juga dimaklumkan pada petang sehari sebelum program berlangsung Ketua Umno Bachok terbabit meminta baju rasmi LTdL daripada pihak urusetia.