Pages

Tuesday, March 2, 2010

Wardina ; Selebriti Malaysia tak layak bergelar ikon



Wardina Safiyyah (gambar) yang merupakan salah seorang pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) dengan beraninya mengeluarkan kenyataan yang boleh dikatakan agak pedas tetapi bagi kami ianya sungguh berasas dimana Wardina mengatakan yang selebriti Malaysia tidak layak bergelar ikon.Beliau berkata Nabi Muhammad S.A.W. yag paling layak dijadikan ikon kepada semua orang.

Wardina mengatakan sedemikian kerana melihat pada situasi sekarang dimana kebanyakan selebriti Malaysia hanya gah pada cerita-cerita sensasi, memalukan dan mengaibkan berbanding cerita positif yang boleh menjadi contoh dan ikutan masyarakat.

Memang benar jika kita lihat pada selebriti sekarang,perangai seorang artis mengalahkan harimau.Yang perempuan pakai baju macam tak pakai apa-apa,yang lelaki pula dengan imej budaya mana diambil mereka.Ramai artis yang kahwin tak sampai berapa bulan lepas itu bercerai.Yang tukar kekasih macam tukar stokin pun ramai.Yang tak solat ramai,yang terlibat seks bebas ramai,yang tak tutup aurat?Errr...99.99%!


Zed Zaidi ( bang,lelaki pakai rantai boleh ke?Tak takut api neraka ke?)

Namun di sebalik kejujuran Wardina ada si dungu yang tahap kedunguannya memakan diri sendiri tidak bersetuju dengan kata-kata ikhlas wanita ini.Dia ialah Zed Zaidi(gambar).Si dungu ini mengatakan bukan semua artis jahat,bukan semua tak tinggal solat.Aik!Si dungu ini seakan-akan membuka pekung di dada.Solat itu wajib ke atas semua umat islam bang oi.Lagipun kalau lah benar katanya,tunjukkan berapa kerat sangat artis yang mampu dijadikan teladan yang baik kepada penduduk Malaysia ini?Ada ke yang lebih baik daripada Nabi Muhammad S.A.W.?

Jadi kepada Abang Zek,perkara yang benar usah dimungkiri.Nanti memakan diri sendiri.Jangan bercakap benda yang kita jahil tentangnya.Apa yang ada pada artis.Ada ke artis yang promok tentang kewajipan solat?Yang bercakap tentang tuntutan menutup aurat dan sebagainya.Lautan luas jangan didunga jika ilmu agama hanya setitik banyaknya,inikan pula kebenaran hakiki.Hentikan kebodohan anda itu.

0 comments: