"mama....bak duit sikit...nak beli barang la..."kata aku.
"berapa yang tiqi nak?"tanya mama ku.
"alaaa....sikit je mama,rm50 cukup la".kata ku selamba.
"tiqi amik la kat purse mama tu k".jawab mama ku tenang.
erm...sebelum aku mengata kat orang lain baik aku mengaku kesalahan diri aku dulu.Betapa mudahnya aku meminta duit,lebih mudah mama aku bagi duit kat aku.Bagi aku si ibu pada tidak pernah ada rasa sayang atau cinta terhadap anaknya.Tapi si ibu punya rasa kasih yang melebihi segalanya.Rasa kasih yang tidak berbelah bahagi pada anaknya.
Begitulah mama ku jua,kasih sayangnya pada aku dan kepada anak2nya yang lain tidak pernah pudar malah semakin bercambah umpama benih.Ianya tetap tumbuh dan tumbuh biarpun disiram dengan racun.Kami anak2 mama akan jaga mama lebih daripada kami jaga diri sendiri,insyaALLAH.
Tapi anak zaman sekarang memang tidak tahu dek untung.Nak bagi mak bapak duit rm50 sebulan pun susah.Bukannya kerja penyapu sampah atau buruh kasar,tapi anak yang berpangkat yang gajinya beribu-ribu ringgit sebulan!Ada lagi yang jenis xreti nak jengguk mak bapak kat kampung bertahun-tahun lamanya.Paling sedih bila ada yang sanggup tinggal mak bapak kat rumah orang tua,yang maki hamun mereka,yang tak mengaku mak bapak kandung yang....yang....dan pelbagai yang lagi yang xsanggup aku nak kasitau dah.Mereka ni anak ke apa?
Dulu yang basuh berak kita siapa?Yang biayai pendidikan kat kita sampai kita berjaya siapa?Yang bawa kita pergi klinik time kita sakit siapa?Yang membesarkan kita siapa?Jawablah.....
So,kalau siapa yang masih ada ibu ayah kat dunia ini,masih belum terlambat.Pulanglah pada mereka.Minta ampun dan maaf.Kalau tak,takut tak sempat,nak mati esok lusa susah kita.Lagi,anti anak-anak kita pula akan buat sama cam kita buat kat mak bapak kita dulu.
Friday, February 26, 2010
kasih ibu ayah
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 12:00 AM 0 comments
Monday, February 22, 2010
Atlet Melayu terbilang
JAGUH keirin siri Piala Dunia Klasik, Azizulhnasi Awang terkejut apabila mengetepikan dua atlit bergelar Datuk, Lee Chong Wei dan Nicol Ann David untuk dinobatkan Atlit Terbaik Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 100 Plus.
“Saya belum pernah merangkul Anugerah SAM dan kejayaan ini tiba tepat pada masanya ketika Kejohanan Dunia semakin hampir. Ia pembakar semangat terbaik untuk berlatih lebih gigih kerana saya sudah memasuki fasa persediaan akhir.
“Selepas sekadar dicalonkan musim lalu, saya anggap kejayaan ini mengejutkan. Terima kasih kepada semua pihak yang menghargai keringat saya selama ini dan diharap, saya akan berjaya di Denmark,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana tidak dapat menghadiri majlis itu.
Tahniah buat beliau.Atlet melayu yang lain harus menjadikan beliau sebagai 'role model' untuk lebih berjaya dalam bidang masing-masing.Harapan kami kepada Azizulhnasi,agar beliau terus komited dengan kejayaannya.
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 1:46 AM 0 comments
Bangkitlah anak MELAYU!

Ramai yang tidak dapat melupakan pemain badminton negara,Muhammad Hafiz Hashim memenangi kejuaraan All-England pada tahun 20003.Anak melayu Kelantan ini mengharumkan nama negara lantas melonjakkan namanya sebagai pemain badminton yang digeruni pada masa itu.Namun,itu cerita 7 tahun dulu,sekarang tengok saja prestasinya yang semakin merosot.
Cerita yang sama berlaku juga kepada beregu no 2 negara,Fairuzizuan Tazari-Mohd. Zakry Latif,mereka seakan-akan semakin hilang keserasian.Sampai bila perkara ini mahu berlanjutan.Kami peminat badminton negara sudah bosan dengan kejayaan Lee Chong Wei mahupun dengan kemenangan Koo Kean Keat-Tan Boon Heon.Kami mahukan kejayaan daripada anak bangsa kami sendiri iaitu anak MELAYU!Ayuh!Lantas bangkitlah!
Ketika menonton perlawanan membabitkan pemain negara kami akan bersorak dengan kuat.Kami memberi sokongan kepada Lee Chong Wei mahupun kepada Koo Kean Keat-Tan Boon Heon,namun,apabila perlawanan itu membabitkan anak melayu,kami bersorak sepuluh kali lebih kuat kerana kami lebih bangga dan bersemangat dengan anak bangsa kami sendiri.Maka,tolonglah bangkit.Jangan hampakan kami lagi.
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 1:22 AM 0 comments
petualang di sebalik kota maksiat
Boleh dikatakan setiap hari kita dihidangkan dengan berita serbuan pihak berkuasa ke atas pusat-pusat urut.Banyak benar yang pusat urut haram di Malaysia ini terutamanya di Kuala Lumpur dan Selangor.
Pusat urut itu pula bukannya hanya menawarkan urutan fizikal semata-mata malah lebih kepada urutan 'manja' atau urutan 'batin'.Lebih tepat pusat-pusat saperti ini menawarkan perkhidmatan seks kepada orang ramai.
'Jasa' ini sebenarnya hasil bekas Menteri Besar Selangor,Khir Toyo yang banyak memberi lesen kepada 'bapa ayam' untuk membuka pusat-pusat urut,pusat-pusat hiburan,pub-pub,disko-disko dan yang sewaktu dengannya.Tepukan gemuruh kepada beliau yang sudah berjaya membuka pelbagai tempat maksiat ini.
Harapan semua mukmin Malaysia agar semua tempat maksiat ini ditutup serta merta agar kita tidak mendapat bahagian dosa akibat daripada perbuatan munafiq-munafiq ini.
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 1:02 AM 0 comments
Labels: http://www.hmetro.com.my/articles/Tukangurutkenaperah/pix_middle
Sunday, February 21, 2010
Minta Sahianathan letak jawatan

Letak jawatan seger!Itulah kata yang paling sesuai untuk dituju kepada beliau selepas kegagalan pasukan bola sepak kelantan pada piala FA.Kelantan tewas kepada Kedah di laman sendiri pada pusingan kedua kejohanan lantas mengecewakan ratusan ribu penyokong pasukan bola sepak Kelantan.
Boleh dikatakan,B.Sathianathan hanya bernasib baik pada musim lepas selepa berjaya membawa Kelantan ke pusingan akhir Piala Malaysia yang sebelum itu dibimbing oleh Peter Butler.Permainan Kelantan meningkat atas bimbingan bekas jurulatih itu dan bukannya oleh Sathia.
Pada permulaan musim ini,Kelantan bermula goyah setelah mencatat kekalahan dan tiga kali seri.Ini semua salah Sathia yang tidak dapat membimbing skuad Kelantan dengan mantap walaupun sudah menghabiskan duit Persatuan Bola Sepak kelantan dengan membawa lapan orang pemain baru.Pemain-pemain baru yang dibawa masuk jelas tidak dapat digandingkan dengan baik oleh Sathia.
Oleh itu,adalah lebih baik Sathia letak jawatan serta-merta sebelum dia memunahkan skuad kelantan seperti yang pernah beliau lakukan kepada pasukan kebangsaan.Tolonglah berundur segera Sathia.
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 12:03 AM 0 comments
Friday, November 13, 2009
Wang Royalti : Rakyat Kelantan Minta Hak Mereka, Bukan Sedekah Wang Ehsan
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 10:46 PM 0 comments
pantun untuk pelajar melayu yang malas study
Can study continue STUDY
Can't study, work FACTORY
Cannot rely on CHARITY
Earn a little SALARY
Just enough 4 daily ROTI
Go work no WIRA but LRT.
Colleagues formerly FRIENDLY
Daily treated to KOPI
Now gradually get CRAZY
Behind me say I LAZY.
Boss has no SYMPATHY
Work always must HURRY
Say I not enough BUSY
Often ask me do OT
Midnight go back by TAXI
TAXI surcharge KILLING ME
Now i pokai and NO MORE MONEY
Borrow from along kena EXTRA FEE
Coz money is never FREE
Boy/girl-friend go STEADY
Serious, and then MARRY
Ceremony and PARTY
joker-friends give PANTY
No money sure no HONEY10 months later be DADDY
Wife at GH birth a BABY
Monthly pay back RHB
Earn not enough FEEL GUILTY
Nak jump down suicide and MATI
No money 4 funeral how to BURY
Because MALAYSIA BOLEH. SEMUA JADI.
*tiada kena mengena yang hidup atau yang MATI.
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 10:38 PM 0 comments
Friday, November 6, 2009
sapo xtgk kelate lawe bukey anak jati kelate

idup RED WARRIOR!!!!
mari ramai2 sep2 kito g stadium 7/11 (sabtu) untuk sokong pasukan kito nih.jangan wat lupa plop pakai jersey Kelantan,at least pakai hok kaler meroh deh.Kalu paka baju gu lawan meme nk keno sekeh la.jangan lupo jago fiil sep2 kito deh.wi sokongan padu deh.Gomo kelare gomo!!!
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 4:25 PM 0 comments
Thursday, September 17, 2009
Pantun sempena bulan puasa
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 11:01 AM 0 comments
Pantun Nasihat
Buah pelaga makan dikikir
Tulis surat di dalam gelap
Hendak belayar ke Teluk Betong
Orang haji dari Jeddah
Pinang muda dibelah dua
Terang bulan di malam sepi
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 10:40 AM 0 comments
Sunday, August 30, 2009
PAS TOLAK HAPUS HUKUMAN SEBAT
AS menolak gesaan Majlis Peguam kepada kerajaan supaya menghapuskan hukuman sebat bagi apa jua kesalahan jenayah."Hujah yang diberikan oleh Majlis Peguam untuk menyokong gesaannya itu dianggap tidak tepat dan tidak kukuh," kata Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.
Sebaliknya, kata beliau, setiap hukuman yang telah ditetapkan dalam sistem perundangan negara buat masa ini adalah berasas "dan ia merupakan satu hukuman bagi mengajar pesalah dan rakyat di negara ini".
Dalam Islam, katanya, hukuman yang hendak dilaksanakan mestilah untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada manusia supaya tidak mengulangi jenayah yang terkutuk samada oleh penjenayah mahupun rakyat umumnya.
"Malah, hukuman sebat ini disebut oleh Allah SWT dalam Al-Qur'an serta hadith-hadith yang muktabar dan pernah dilaksanakan oleh sahabat Rasulullah SAW sendiri."Kita harus sedar bahawa peningkatan kadar jenayah saban tahun adalah salah satunya berpunca daripada hukuman yang dijalankan kurang memberikan kesan psikologi dan jiwa kepada pesalah dan masyarakat.
"Ia tidak menggerunkan kita. Oleh yang demikian, rakyat tidak takut untuk melakukan kesalahan dan jenayah," katanya dalam satu kenyataan.Dalam kes Kartika Sari Dewi Shukarnor, katanya, setelah Mahkamah Syariah membuat keputusan demikian, beliau (Kartika) redha dan mahu untuk dilaksanakan hukuman tersebut atas dasar keinsafan dan takut kepada hukuman Allah SWT di hari akhirat nanti.
"Malah, beliau juga menolak untuk menyaman mana-mana pihak dan mahu untuk menyegerakan hukuman tersebut. "Saya berharap agar beliau benar-benar insaf dan menjadi insan yang bertaqwa. Saya berpendapat agar Majlis Peguam meneliti saranannya itu," kata Nasharuddin.
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 1:14 PM 0 comments
isu kartika ; menteri menyibuk buat apa?
Hukuman itu dilihat oleh media asing seolah-olah undang-undang syariah yang diamalkan di Malaysia menindas kaum wanita.Kartika menjadi 'srikandi' dalam kes ini kerana menerima apa sahaja hukuman yang telah dijatuhkan terhadapnya tanpa banyak bicara. Mungkin telah insaf dengan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang wanita Muslim.
Bagaimanapun, keputusannya untuk reda melalui hukuman sebatan itu pada bulan Ramadan telah mendapat simpati daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang meminta hukuman itu dikaji semula.Sejurus kemudian Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus telah memberi jaminan kepada Peguam Negara untuk menyemak semula keputusan mahkamah terhadap model sambilan itu.
Bagaimanapun, dalam perkara ini Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPSM) membuat pandangan tersendiri daripada sudut perundangan terhadap senario kekecohan itu.Menurut persatuan itu, membuat komen terhadap hukuman sebat yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan ke atas Kartika kerana minum arak di tempat awam boleh dianggap sebagai menghina mahkamah.
Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPSM), Musa Awang berkata, orang Islam sepatutnya mempertahankan martabat Mahkamah Syariah dan bukan memberi komen atau mempersoalkan hukuman yang diputuskan.Menurutnya, memberi komen terhadap hukuman itu hanya akan menjejaskan reputasi dan kredibiliti hakim di mahkamah berkenaan.
"Jika mahkamah sivil membuat perintah atau penghakiman seumpama itu tidak pula ada orang yang hendak memberi komen," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.Beliau menjelaskan demikian berikutan penangguhan hukuman sebat ke atas Kartika di atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Abdul Rahman Yunus, Isnin lalu. Abdul Rahman mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menangguhkan hukuman bagi menghormati Ramadan.
Berhubung penangguhan hukuman itu Musa berpendapat, sepatutnya permohonan menangguhkan hukuman ke atas Kartika kerana menghormati Ramadan dilakukan menerusi mahkamah yang mendengar hujah pihak pendakwa dan Kartika sendiri. PPSM hanya berharap agar perkara seumpama itu tidak berulang memandangkan keputusan mahkamah tidak boleh berubahubah kerana yang menjadi 'mangsa' dalam kes ini ialah Kartika.
Dalam pada itu Musa berkata, Mahkamah Syariah adalah di bawah kuasa Sultan serta kerajaan negeri dan 'orang luar' tidak boleh campur tangan dalam kes berkaitan perundangan tersebut.Sementara itu, Ketua Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM) Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj berkata, Kartika rela disebat dan seterusnya bertaubat. Maka sangat wajar hukuman itu dilaksanakan selepas Ramadan.
Menurutnya, sebatan oleh Mahkamah Syariah ke atas pesalah tidak sama seperti yang dikenakan oleh mahkamah sivil."Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah untuk menyebat Kartika telah disensasikan oleh beberapa pihak kerana ia dikenakan terhadap seorang wanita," katanya.Menurutnya, hukuman itu dilaksanakan untuk memberi pengajaran ke atas Kartika supaya tidak melanggar undang-undang dan mengetahui bahawa minum arak itu adalah haram dalam Islam.
Harlina seterusnya mengajak semua pihak supaya memberi penjelasan dan pendedahan mengenai perkara ini secara jelas kepada masyarakat bagi mengelakkan hukuman sebat itu tidak dilihat sebagai penindasan terhadap wanita Islam.Bagaimanapun, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad pula berpendapat, hukuman itu tidak wajar ditangguh atas alasan menghormati Ramadan kerana ia boleh dilakukan di sebelah malam.
Katanya, jika Ramadan menjadi alasan hukuman ke atas Kartika ditangguh, maka semua corak hukuman ke atas pesalah juga perlu ditangguhkan sepanjang bulan ini.Masalahnya ujar Nakhaie, masih ramai orang Islam yang meragui keadilan agama itu dan bimbang syariat hukum Islam itu dilaksanakan di negara ini
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 1:07 PM 0 comments
PAS bila bersahabat dengan DAP
Inilah akibat bila berkawan dengan DAP. Di Pulau Pinang, DAP telah menyelar syariah Islam sebagai ektremis. Di Selangor, DAP sudah halang operasi membasmi arak dan maksiat oleh pihak berkuasa tempatan. Biar pun didesak untuk letak jawatan, tetapi dua orang DAP ini tetap dibela. Dulu kata hendak amal ma'aruf, nahi mungkar, sekarang ini wakil rakyat berbogel dan bersekedudukan dibela, bir dikatakan bukan minuman keras dan syariah Islam dicaci sebagai pelampau. Padahnya mengundi DAP. Jangan menyesal kalau DAP buat perkara yang lebih teruk lagi selepas ini. Buat orang-orang PAS, berkawanlah lagi dengan DAP, banyak untungnya bukan?
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 12:57 PM 0 comments
mereka yang lupa daratan
Namewee Wee Meng Chee
2. Jeff Ooi
Ahli parlimen Jelutong daripada DAP ini memang teramat biadap.Dia menuduh Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai 'ekstremis agama.Jeff Ooi menuduh seseorang Muslim sebagai ekstremis kerana "bercita-cita untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang menerimapakai undang-undang syariah sepenuhnya" adalah satu pertuduhan yang biadap dan melampau.Saya tidak tahu berapa ramai orang Islam di negara kita yang ambil tahu tentang perkara ini.

3.'Ustaz' Ronnie Liu
Memfatwakan bahawa bir tak haram sebab kandungan alkoholnya rendak dan kurang memabukkan.Ini satu lagi contoh pemimpin yang otak udang.Pandai2 memberi fatwa tentang Islam sedangkan dia sendiri kafir laknatuLLAH.Peristiwa itu yang berlaku di Selangor, pada 30 Julai 2009, Ronnie Liu (Exco Kerajaan Negeri Selangor) telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam memulangkan semula minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbanika di Jalan Liku, Seksyen 8. Ronnie Liu juga turut campur tangan dalam operasi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah premis Bandar Sunway selepas itu. Ronnie menyatakan bahawa bir bukanlah minuman keras. Namun Khalid Ibrahim tetap membela Ronnie Liu.
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 11:45 AM 0 comments
hak istimewa orang melayu?apakah jaminannya?
Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan MELAYU mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telahpun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.
Jawatan Yang Dipertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Taoi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu.
Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu
Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu adalah seperti berikut:
- Tanah untuk Orang Melayu
- Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi orang ramai yang serupa, luas tanah untuk orang Melayu tidak boleh melebih luas tanah orang ramai. Tanah milik orang bukan Melayu tidak boleh diambil untuk tujuan orang Melayu.--->sudah banyak tanah orang Melayu menjadi hak orang bukan Melayu.Khususnya di P.Pinang,begitu banyak tanah yang dimiliki oleh orang cina.Lama kelamaan,tidak mustahil P.Pinang akan berpisah dengan Malaysia dan mereka akan memerintah sendiri.
- Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi orang ramai yang serupa, luas tanah untuk orang Melayu tidak boleh melebih luas tanah orang ramai. Tanah milik orang bukan Melayu tidak boleh diambil untuk tujuan orang Melayu.--->sudah banyak tanah orang Melayu menjadi hak orang bukan Melayu.Khususnya di P.Pinang,begitu banyak tanah yang dimiliki oleh orang cina.Lama kelamaan,tidak mustahil P.Pinang akan berpisah dengan Malaysia dan mereka akan memerintah sendiri.
- Jawatan dalam Kerajaan
- Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.
- Peruntukan biasiswa
- Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntu Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.--->Kalau dahulu koata(jaminan) untuk pelajar bumiputera ialah 30% dalam mendapatkan biasiswa.Tapi PM kita yang bodoh itu mahu menghapuskan koata tersebut,kononnya untuk lebih kompetitif.Sebenarnya adalah kerana tekanan daripada rakan cina dan india yang tidak tahu bersyukur itu.
- Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntu Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.--->Kalau dahulu koata(jaminan) untuk pelajar bumiputera ialah 30% dalam mendapatkan biasiswa.Tapi PM kita yang bodoh itu mahu menghapuskan koata tersebut,kononnya untuk lebih kompetitif.Sebenarnya adalah kerana tekanan daripada rakan cina dan india yang tidak tahu bersyukur itu.
- Bantuan Ekonomi
- Peraturan hendaklah dibuat untuk memboleh orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahan dan aktiviti ekonomi lain.---->Ini lagi la bodoh!Kerajaan cuba buka mata zahir dan mata hati!Tengok la ni Mid Valley,KLCC,Times Square,Pavillion dan banyak lagi pasaraya besar,MANA PENIAGA MELAYU KITA????Berapa kerat saja dapat kelihatan peniaga kita,hampir 80-90% peniaga di sana ialah CINA!!!Ya,peniaga kita pun ada,tapi bukan di supermarket,namun cuma di kaki lima,di tepi longkang,dan kalau tinggi sikit mungkin di bazar.Tolongla,Melayu seakan2 mengemis di bumi sendiri.
p/s ; Lama kelamaan,negara kita bukan lagi Melayu yang tuannya.Tapi bangsa cina dan india.Perdana menteri pun mungkin cina atau india.Orang2 besar semuanya daripada bangsa itu.Nama Malaysia sudah tidak ada lagi,mungkin akan ditukar menjadi Chinese-sia.Orang Melayu pada ketika itu akan menjadi bangsat di tempat di mana dahulunya kepunyaan mereka secara hakiki.?
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 11:12 AM 0 comments
LAILATUL QADAR
"…(iaitu) ada pada bulan Ramadhan. Kerana itu, hendaklah kamu mencarinya pada sepuluh hari terakhir. Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29, atau malam terakhir." - HR Ahmad
Lailatul Qadar adalah satu malam istimewa yang dikurniakan kepada umat Muhammad SAW lantaran kebimbangan Baginda terhadap usia umatnya yang semakin pendek. Bagi mengatasi keraguan ini, maka Allah SWT menurunkan malam Lailatul Qadar yang membawa pahala seperti beribadat selama 83 tahun. Ini bagi menyamakan jarak masa umat terdahulu dengan umat Baginda pada hari ini dalam mengerja dan mendapatkan pahala beribadat.
Suatu masa Baginda hendak memberitahu kaumnya mengenai tarikh Lailatul Qadar yang tepat tetapi terjadi satu pergaduhan di antara dua orang muslim. Jelas Baginda, maka itu rahmat (tarikh Lailatul Qadar) telah diambil kembali. Sesungguhnya perbalahan kerapkali menyebabkan kita kehilangan nikmat dan rahmat. Justeru, Baginda menyarankan kepada kaum muslimin agar menghubungkan silaturrahim kerana ia adalah amalan yang lebih baik daripada solat, puasa dan sedekah. Silaturrahim juga akan meningkatkan iman di dalam sesuatu kaum.
Pada zaman Rasulullah SAW, ramai ulama dan sahabat menyambut Lailatul Qadar dengan tekun mengerjakan ibadat. Rasulullah SAW sendiri tidak pernah leka dalam hal ini walaupun Baginda telah dijanjikan tempat di sisi-Nya. Malahan Baginda khusyuk beribadat sehingga kakinya bengkak tanpa memikirkan kesakitan yang ditanggung.
Rasulullah SAW telah menjelaskan di antara tanda-tanda Lailatul Qadar ialah:
· Malam yang sepi, tenang dan bercahaya;
· Tidak panas atau sejuk (sederhana) seolah bulan memancar terang;
· Tiada petir atau kilat sabung menyabung sehingga subuh;
· Pada paginya matahari akan timbul tanpa pancaran cahaya, seperti bulan mengambang
Tanda ini amat jarang ditemui, kecuali tanda terakhir yang pernah terjadi. Andai bertemu dengan malam ini, maka ucapkanlah doa berikut yang bermaksud:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang mengurniakan keampunan terhadap dosaku. Dikau suka mengampun, maka ampunilah daku."
Pada malam ini juga Jibrail a.s akan turun ke bumi dan mengarahkan setiap malaikat berkunjung, memberi salam dan berjabat tangan dengan mukmin yang sedang beribadat di rumah mereka. Namun malaikat-malaikat ini tidak akan mendatangi mana-mana rumah yang di dalamnya ada haiwan-haiwan peliharaan yang haram, penzina, juga rumah yang di dalamnya tergantung perhiasan atau gambar haiwan dan manusia. Justeru, awasilah perlakuan kita dan sentiasalah berusaha meningkatkan iman, terutamanya dalam Ramadhan ini.
Semoga bersua dengan Lailatul Qadar dan wassalam.
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 11:04 AM 0 comments
Saturday, August 29, 2009
PELBAGAI RESIPI SEMPENA RAMADHAN
Bulan puasa memang ramai peniaga Melayu kita yang berniaga di bazar ramadan mahupun di tepi jalan.Pastinya mereka mahukan masakan mereka lain daripada yang lain.Begitu juga dengan ibu-ibu di rumah,mereka tentunya mahu menyediakan masakan yang paling istimewa untuk suami dan anak2 yang tercinta sebagai juadah berbuka puasa.
Sebagai hasrat untuk menolong Melayu kita,saya sediakan pelbagai resipi & menu untuk rujukan anda semua.Lebih 100 resipi nasi,ayam,ikan,sotong,ketam terdapat.Kuih-muih dan pencuci mulut seperti puding juga ada!Selamat memasak!!!slurrrrpppp!
TERIMA KASIH KPD ISU HANGAT
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 12:29 PM 0 comments
Friday, August 28, 2009
OH...IBU..
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku .. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 2:53 PM 0 comments
ANTARA EMAK & PASANGAN
-Bila sedih, aku cari....Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Mak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 2:50 PM 0 comments
MARI KITA TOLONG SAUDARA KITA
Posted by ATHIQI_NIK@91 at 2:45 PM 0 comments

