Pages

Sunday, August 30, 2009

PAS TOLAK HAPUS HUKUMAN SEBAT

AS menolak gesaan Majlis Peguam kepada kerajaan supaya menghapuskan hukuman sebat bagi apa jua kesalahan jenayah."Hujah yang diberikan oleh Majlis Peguam untuk menyokong gesaannya itu dianggap tidak tepat dan tidak kukuh," kata Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Sebaliknya, kata beliau, setiap hukuman yang telah ditetapkan dalam sistem perundangan negara buat masa ini adalah berasas "dan ia merupakan satu hukuman bagi mengajar pesalah dan rakyat di negara ini".

Dalam Islam, katanya, hukuman yang hendak dilaksanakan mestilah untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada manusia supaya tidak mengulangi jenayah yang terkutuk samada oleh penjenayah mahupun rakyat umumnya.

"Malah, hukuman sebat ini disebut oleh Allah SWT dalam Al-Qur'an serta hadith-hadith yang muktabar dan pernah dilaksanakan oleh sahabat Rasulullah SAW sendiri."Kita harus sedar bahawa peningkatan kadar jenayah saban tahun adalah salah satunya berpunca daripada hukuman yang dijalankan kurang memberikan kesan psikologi dan jiwa kepada pesalah dan masyarakat.

"Ia tidak menggerunkan kita. Oleh yang demikian, rakyat tidak takut untuk melakukan kesalahan dan jenayah," katanya dalam satu kenyataan.Dalam kes Kartika Sari Dewi Shukarnor, katanya, setelah Mahkamah Syariah membuat keputusan demikian, beliau (Kartika) redha dan mahu untuk dilaksanakan hukuman tersebut atas dasar keinsafan dan takut kepada hukuman Allah SWT di hari akhirat nanti.

"Malah, beliau juga menolak untuk menyaman mana-mana pihak dan mahu untuk menyegerakan hukuman tersebut. "Saya berharap agar beliau benar-benar insaf dan menjadi insan yang bertaqwa. Saya berpendapat agar Majlis Peguam meneliti saranannya itu," kata Nasharuddin.

Ambo: Bab ini Ambo setuju dengan Nasaruddin dan PAS. Jangan sesekali hukuman sebat dimansuhkan dari mana-mana undang di Malaysia apatah lagi dalam enakmen syariah.

0 comments: