Pages

Sunday, February 21, 2010

Minta Sahianathan letak jawatan


Letak jawatan seger!Itulah kata yang paling sesuai untuk dituju kepada beliau selepas kegagalan pasukan bola sepak kelantan pada piala FA.Kelantan tewas kepada Kedah di laman sendiri pada pusingan kedua kejohanan lantas mengecewakan ratusan ribu penyokong pasukan bola sepak Kelantan.


Boleh dikatakan,B.Sathianathan hanya bernasib baik pada musim lepas selepa berjaya membawa Kelantan ke pusingan akhir Piala Malaysia yang sebelum itu dibimbing oleh Peter Butler.Permainan Kelantan meningkat atas bimbingan bekas jurulatih itu dan bukannya oleh Sathia.

Pada permulaan musim ini,Kelantan bermula goyah setelah mencatat kekalahan dan tiga kali seri.Ini semua salah Sathia yang tidak dapat membimbing skuad Kelantan dengan mantap walaupun sudah menghabiskan duit Persatuan Bola Sepak kelantan dengan membawa lapan orang pemain baru.Pemain-pemain baru yang dibawa masuk jelas tidak dapat digandingkan dengan baik oleh Sathia.

Oleh itu,adalah lebih baik Sathia letak jawatan serta-merta sebelum dia memunahkan skuad kelantan seperti yang pernah beliau lakukan kepada pasukan kebangsaan.Tolonglah berundur segera Sathia.

0 comments: