Pages

Monday, February 22, 2010

Bangkitlah anak MELAYU!


Ramai yang tidak dapat melupakan pemain badminton negara,Muhammad Hafiz Hashim memenangi kejuaraan All-England pada tahun 20003.Anak melayu Kelantan ini mengharumkan nama negara lantas melonjakkan namanya sebagai pemain badminton yang digeruni pada masa itu.Namun,itu cerita 7 tahun dulu,sekarang tengok saja prestasinya yang semakin merosot.


Cerita yang sama berlaku juga kepada beregu no 2 negara,Fairuzizuan Tazari-Mohd. Zakry Latif,mereka seakan-akan semakin hilang keserasian.Sampai bila perkara ini mahu berlanjutan.Kami peminat badminton negara sudah bosan dengan kejayaan Lee Chong Wei mahupun dengan kemenangan Koo Kean Keat-Tan Boon Heon.Kami mahukan kejayaan daripada anak bangsa kami sendiri iaitu anak MELAYU!Ayuh!Lantas bangkitlah!

Ketika menonton perlawanan membabitkan pemain negara kami akan bersorak dengan kuat.Kami memberi sokongan kepada Lee Chong Wei mahupun kepada Koo Kean Keat-Tan Boon Heon,namun,apabila perlawanan itu membabitkan anak melayu,kami bersorak sepuluh kali lebih kuat kerana kami lebih bangga dan bersemangat dengan anak bangsa kami sendiri.Maka,tolonglah bangkit.Jangan hampakan kami lagi.

0 comments: