Pages

Monday, February 22, 2010

Atlet Melayu terbilang

JAGUH keirin siri Piala Dunia Klasik, Azizulhnasi Awang terkejut apabila mengetepikan dua atlit bergelar Datuk, Lee Chong Wei dan Nicol Ann David untuk dinobatkan Atlit Terbaik Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 100 Plus.



“Saya belum pernah merangkul Anugerah SAM dan kejayaan ini tiba tepat pada masanya ketika Kejohanan Dunia semakin hampir. Ia pembakar semangat terbaik untuk berlatih lebih gigih kerana saya sudah memasuki fasa persediaan akhir.


“Selepas sekadar dicalonkan musim lalu, saya anggap kejayaan ini mengejutkan. Terima kasih kepada semua pihak yang menghargai keringat saya selama ini dan diharap, saya akan berjaya di Denmark,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana tidak dapat menghadiri majlis itu.

Tahniah buat beliau.Atlet melayu yang lain harus menjadikan beliau sebagai 'role model' untuk lebih berjaya dalam bidang masing-masing.Harapan kami kepada Azizulhnasi,agar beliau terus komited dengan kejayaannya.

0 comments: