Pages

Saturday, July 4, 2009

Sedih anak Melayu ....

Koata pemansuhan biasiswa bagi bumiputera hampir mencapai kata sepakat.Yang sedang bersuka ria dan bersorak riang tentunya dua bangsa itu di negara kita.Bagaimana pula dengan anak Melayu kita?Apakah respon mereka.Ya,mungkin ada dalam kalangan mereka yang rasa tercabar dan sedih serta takut dengan pemansuhan ini.Tapi berapa ramai sangatlah jumlah mereka ini?Mungkin hanya 1/50 daripada anak melayu yang berasa begitu ataupun mungkin lagi kurang?
Bagaimana dengan 49/50 lagi?Mereka sebenarnya lansung tidak kisah malah mungkin tidak tahu dan tidak ambik tahu tentang hal ini.Kenapa?Kerana mereka ini sudah memilih jalan mereka sendiri ;

Di mana peniaga Melayu Kita?

Aku merupakan anak jati Kelantan.Tapi berhijrah ke Kuala Lumpur pada pertengahan tahun ini bagi melanjutkan pelajaran di UIA,PJ.Syukur alhamduniLLAH di kolej aku hampir semua pelajarnya bumiputera yang terdiri daripada 99% bangsa Melayu yang beragama Islam.Jika ada Cina dan India sekalipun mereka beragama Islam.

Pada hujung minggu aku sering keluar bersama rakan yang juga berasal daripada Kelantan.Kami pergi ke shopping mall berdekatan dengan kolej kami.Apa yang mengghairankan kami , kebanyakan kedai-kedai di shopping mall terbabit majoriti peniaganya ialah CINA.Kalau ada kedai Melayu pun , amat jarang dan kedai bangsa kita ini amat kecil .Hendak cari kedai Melayu amatlah susah sekali.

Apa yang lebih menduka citakan,bukan sahaja di shopping mall terbabit keadaan itu dapat dilihat, malah juga di semua shopping mall yang lain.

SEDIH!AMAT SEDIH sekali......Di mana peniaga bangsa Melayu?Kita di bumi kita sendiri.Di tanah tumpah darah kita,malah tanah tumpah moyang kita sejak dahulu kala lagi.Kenapa perniagaan di bumi kita didominasi oleh bangsa pendatang?

DOA HINDARI PENYAKIT

Doa ini sangat berguna bagi membentengi diri kita daripada penyakit-penyakit yang berjangkit.Sesuai sebagai satu ikhtiar untuk menghindari H1n1 yang semakin menular di Malaysia ini.INsyaALLAH.Kerana setiap kebaikan dan kemudaratan semuanya daripada ALLAH.SEbarkan.