Pages

Saturday, July 4, 2009

Di mana peniaga Melayu Kita?

Aku merupakan anak jati Kelantan.Tapi berhijrah ke Kuala Lumpur pada pertengahan tahun ini bagi melanjutkan pelajaran di UIA,PJ.Syukur alhamduniLLAH di kolej aku hampir semua pelajarnya bumiputera yang terdiri daripada 99% bangsa Melayu yang beragama Islam.Jika ada Cina dan India sekalipun mereka beragama Islam.

Pada hujung minggu aku sering keluar bersama rakan yang juga berasal daripada Kelantan.Kami pergi ke shopping mall berdekatan dengan kolej kami.Apa yang mengghairankan kami , kebanyakan kedai-kedai di shopping mall terbabit majoriti peniaganya ialah CINA.Kalau ada kedai Melayu pun , amat jarang dan kedai bangsa kita ini amat kecil .Hendak cari kedai Melayu amatlah susah sekali.

Apa yang lebih menduka citakan,bukan sahaja di shopping mall terbabit keadaan itu dapat dilihat, malah juga di semua shopping mall yang lain.

SEDIH!AMAT SEDIH sekali......Di mana peniaga bangsa Melayu?Kita di bumi kita sendiri.Di tanah tumpah darah kita,malah tanah tumpah moyang kita sejak dahulu kala lagi.Kenapa perniagaan di bumi kita didominasi oleh bangsa pendatang?

0 comments: