Pages

Friday, November 6, 2009

sapo xtgk kelate lawe bukey anak jati kelate





idup RED WARRIOR!!!!

mari ramai2 sep2 kito g stadium 7/11 (sabtu) untuk sokong pasukan kito nih.jangan wat lupa plop pakai jersey Kelantan,at least pakai hok kaler meroh deh.Kalu paka baju gu lawan meme nk keno sekeh la.jangan lupo jago fiil sep2 kito deh.wi sokongan padu deh.Gomo kelare gomo!!!

Thursday, September 17, 2009

Pantun sempena bulan puasa

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.
Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.
Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.
Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.
Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

Pantun Nasihat

Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu

Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana

Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak

Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah

Terang bulan di malam sepi
Cahya memancar kepangkal kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa

Sunday, August 30, 2009

PAS TOLAK HAPUS HUKUMAN SEBAT

AS menolak gesaan Majlis Peguam kepada kerajaan supaya menghapuskan hukuman sebat bagi apa jua kesalahan jenayah."Hujah yang diberikan oleh Majlis Peguam untuk menyokong gesaannya itu dianggap tidak tepat dan tidak kukuh," kata Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Sebaliknya, kata beliau, setiap hukuman yang telah ditetapkan dalam sistem perundangan negara buat masa ini adalah berasas "dan ia merupakan satu hukuman bagi mengajar pesalah dan rakyat di negara ini".

Dalam Islam, katanya, hukuman yang hendak dilaksanakan mestilah untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada manusia supaya tidak mengulangi jenayah yang terkutuk samada oleh penjenayah mahupun rakyat umumnya.

"Malah, hukuman sebat ini disebut oleh Allah SWT dalam Al-Qur'an serta hadith-hadith yang muktabar dan pernah dilaksanakan oleh sahabat Rasulullah SAW sendiri."Kita harus sedar bahawa peningkatan kadar jenayah saban tahun adalah salah satunya berpunca daripada hukuman yang dijalankan kurang memberikan kesan psikologi dan jiwa kepada pesalah dan masyarakat.

"Ia tidak menggerunkan kita. Oleh yang demikian, rakyat tidak takut untuk melakukan kesalahan dan jenayah," katanya dalam satu kenyataan.Dalam kes Kartika Sari Dewi Shukarnor, katanya, setelah Mahkamah Syariah membuat keputusan demikian, beliau (Kartika) redha dan mahu untuk dilaksanakan hukuman tersebut atas dasar keinsafan dan takut kepada hukuman Allah SWT di hari akhirat nanti.

"Malah, beliau juga menolak untuk menyaman mana-mana pihak dan mahu untuk menyegerakan hukuman tersebut. "Saya berharap agar beliau benar-benar insaf dan menjadi insan yang bertaqwa. Saya berpendapat agar Majlis Peguam meneliti saranannya itu," kata Nasharuddin.

Ambo: Bab ini Ambo setuju dengan Nasaruddin dan PAS. Jangan sesekali hukuman sebat dimansuhkan dari mana-mana undang di Malaysia apatah lagi dalam enakmen syariah.

isu kartika ; menteri menyibuk buat apa?

KARTIKA Sari Dewi Shukarnor, 32, model sambilan yang dijatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan atas kesalahan minum arak di khalayak ramai telah menggemparkan banyak pihak termasuk media asing.

Hukuman itu dilihat oleh media asing seolah-olah undang-undang syariah yang diamalkan di Malaysia menindas kaum wanita.Kartika menjadi 'srikandi' dalam kes ini kerana menerima apa sahaja hukuman yang telah dijatuhkan terhadapnya tanpa banyak bicara. Mungkin telah insaf dengan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang wanita Muslim.

Bagaimanapun, keputusannya untuk reda melalui hukuman sebatan itu pada bulan Ramadan telah mendapat simpati daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang meminta hukuman itu dikaji semula.Sejurus kemudian Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus telah memberi jaminan kepada Peguam Negara untuk menyemak semula keputusan mahkamah terhadap model sambilan itu.

Bagaimanapun, dalam perkara ini Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPSM) membuat pandangan tersendiri daripada sudut perundangan terhadap senario kekecohan itu.Menurut persatuan itu, membuat komen terhadap hukuman sebat yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan ke atas Kartika kerana minum arak di tempat awam boleh dianggap sebagai menghina mahkamah.


Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPSM), Musa Awang berkata, orang Islam sepatutnya mempertahankan martabat Mahkamah Syariah dan bukan memberi komen atau mempersoalkan hukuman yang diputuskan.Menurutnya, memberi komen terhadap hukuman itu hanya akan menjejaskan reputasi dan kredibiliti hakim di mahkamah berkenaan.

"Jika mahkamah sivil membuat perintah atau penghakiman seumpama itu tidak pula ada orang yang hendak memberi komen," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.Beliau menjelaskan demikian berikutan penangguhan hukuman sebat ke atas Kartika di atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Abdul Rahman Yunus, Isnin lalu. Abdul Rahman mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menangguhkan hukuman bagi menghormati Ramadan.

Berhubung penangguhan hukuman itu Musa berpendapat, sepatutnya permohonan menangguhkan hukuman ke atas Kartika kerana menghormati Ramadan dilakukan menerusi mahkamah yang mendengar hujah pihak pendakwa dan Kartika sendiri. PPSM hanya berharap agar perkara seumpama itu tidak berulang memandangkan keputusan mahkamah tidak boleh berubahubah kerana yang menjadi 'mangsa' dalam kes ini ialah Kartika.

Dalam pada itu Musa berkata, Mahkamah Syariah adalah di bawah kuasa Sultan serta kerajaan negeri dan 'orang luar' tidak boleh campur tangan dalam kes berkaitan perundangan tersebut.Sementara itu, Ketua Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM) Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj berkata, Kartika rela disebat dan seterusnya bertaubat. Maka sangat wajar hukuman itu dilaksanakan selepas Ramadan.

Menurutnya, sebatan oleh Mahkamah Syariah ke atas pesalah tidak sama seperti yang dikenakan oleh mahkamah sivil."Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah untuk menyebat Kartika telah disensasikan oleh beberapa pihak kerana ia dikenakan terhadap seorang wanita," katanya.Menurutnya, hukuman itu dilaksanakan untuk memberi pengajaran ke atas Kartika supaya tidak melanggar undang-undang dan mengetahui bahawa minum arak itu adalah haram dalam Islam.

Harlina seterusnya mengajak semua pihak supaya memberi penjelasan dan pendedahan mengenai perkara ini secara jelas kepada masyarakat bagi mengelakkan hukuman sebat itu tidak dilihat sebagai penindasan terhadap wanita Islam.Bagaimanapun, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad pula berpendapat, hukuman itu tidak wajar ditangguh atas alasan menghormati Ramadan kerana ia boleh dilakukan di sebelah malam.

Katanya, jika Ramadan menjadi alasan hukuman ke atas Kartika ditangguh, maka semua corak hukuman ke atas pesalah juga perlu ditangguhkan sepanjang bulan ini.Masalahnya ujar Nakhaie, masih ramai orang Islam yang meragui keadilan agama itu dan bimbang syariat hukum Islam itu dilaksanakan di negara ini

PAS bila bersahabat dengan DAP

Pada 5 Ogos 2009, Mohd Razali Abdullah (Ahli Jawatankuasa Pusat Khidmat Krisis Sehenti, Dewan Bandaraya Pulau Pinang, ahli JIM) telah dituduh oleh Jeff Ooi (Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang) sebagai 'ekstremis agama' kerana Razali merupakan ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM), dan JIM pula meletakkan visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020. Lim Guan Eng pernah berkata akan mengikut cara Umar Abdul Aziz, tetapi staffnya menyelar syariat Islam secara terbuka. Ketua Menteri kata lain, staff kata lain.

Di Selangor, pada 30 Julai 2009, Ronnie Liu (Exco Kerajaan Negeri Selangor) telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam memulangkan semula minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbanika di Jalan Liku, Seksyen 8. Ronnie Liu juga turut campur tangan dalam operasi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah premis Bandar Sunway selepas itu. Ronnie menyatakan bahawa bir bukanlah minuman keras. Namun Khalid Ibrahim tetap membela Ronnie Liu.

Dalam hal ini juga , wakil wakil ahli syurga dari PAs seperti Tuan Guru Dr . Hassan Ali ( ulama juga kot ) senyap membisu. Jadi mungkin betul lah fatwa yang dikeluarkan oleh ustat Ronnie tu. Kalau haram dan tak betul fatwa Ronnie Liu tu, misti PAS dan ADUN - ADUN PAS akan bersuara menentangnya. Merekakan penjaga islam sebenar. Mereka tak takut dan rela berjihad apa sahaja jika ia tidak betul dan melanggar hukum islam.

Cakap berdegar-degar PAS dan DR Hassan ini dan semua pemimpin PAS seluruh negara. Nak hudud kononnya. Sekarang sepatah haram tak berani nak sebut hudud. Kena bakar dik api neraka kita nanti bila perkara tidak benar dan haram kita tak berani menegurnya. Kalau UMNO atau BN le yang keluar fatwa macam tu maka terus dikafirkannya.

Macam ni nak laksana hudud? Nak tegur Ustat Ronnie pun kemetot. Sudahlah.Mulut anda pasti dibakar api neraka nanti kerana berbohong dan tidak berkata benar dan berdiam diri padahal anda mampu bersuara kalau pun tidak berjaya menghentikannya .


Inilah akibat bila berkawan dengan DAP. Di Pulau Pinang, DAP telah menyelar syariah Islam sebagai ektremis. Di Selangor, DAP sudah halang operasi membasmi arak dan maksiat oleh pihak berkuasa tempatan. Biar pun didesak untuk letak jawatan, tetapi dua orang DAP ini tetap dibela. Dulu kata hendak amal ma'aruf, nahi mungkar, sekarang ini wakil rakyat berbogel dan bersekedudukan dibela, bir dikatakan bukan minuman keras dan syariah Islam dicaci sebagai pelampau. Padahnya mengundi DAP. Jangan menyesal kalau DAP buat perkara yang lebih teruk lagi selepas ini. Buat orang-orang PAS, berkawanlah lagi dengan DAP, banyak untungnya bukan?

mereka yang lupa daratan

  1. Namewee Wee Meng Chee

Anak muda cina yang lupa daratan dan pelampau.Buta sejarah dan bodoh.Mungkin pengenalan ini sudah cukup untuk menggambarkan perbuatan dia yang sangat dangkal.Dia melalui video clip yang bertajuk 'Negarakuku' secara terus terang menempelak hak istimewa orang Melayu.Dia menafikan hak orang melayu dalam pekerjaan dalam sektor kerajaan dan pendidikan.Dia lupa satu perkara,bangsa Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan bangsa cina merupakan bangsa pendatang.Adakah wajar penduduk tempatan dan kaum pendatang diberi hak sama rata??Kalau dia memang tidak suka tinggal di negarakuku ini,dia boleh berambus dan balik negara asalnya.Berikut merupakan gubahan 'kreatif beliau',siap ada lirik.







2. Jeff Ooi

Ahli parlimen Jelutong daripada DAP ini memang teramat biadap.Dia menuduh Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai 'ekstremis agama.Jeff Ooi menuduh seseorang Muslim sebagai ekstremis kerana "bercita-cita untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang menerimapakai undang-undang syariah sepenuhnya" adalah satu pertuduhan yang biadap dan melampau.Saya tidak tahu berapa ramai orang Islam di negara kita yang ambil tahu tentang perkara ini.




3.'Ustaz' Ronnie Liu

Memfatwakan bahawa bir tak haram sebab kandungan alkoholnya rendak dan kurang memabukkan.Ini satu lagi contoh pemimpin yang otak udang.Pandai2 memberi fatwa tentang Islam sedangkan dia sendiri kafir laknatuLLAH.Peristiwa itu yang berlaku di Selangor, pada 30 Julai 2009, Ronnie Liu (Exco Kerajaan Negeri Selangor) telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam memulangkan semula minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbanika di Jalan Liku, Seksyen 8. Ronnie Liu juga turut campur tangan dalam operasi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah premis Bandar Sunway selepas itu. Ronnie menyatakan bahawa bir bukanlah minuman keras. Namun Khalid Ibrahim tetap membela Ronnie Liu.

hak istimewa orang melayu?apakah jaminannya?

Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan MELAYU mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telahpun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.

Jawatan Yang Dipertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Taoi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu.

Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu

Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu adalah seperti berikut:

  1. Tanah untuk Orang Melayu
    • Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi orang ramai yang serupa, luas tanah untuk orang Melayu tidak boleh melebih luas tanah orang ramai. Tanah milik orang bukan Melayu tidak boleh diambil untuk tujuan orang Melayu.--->sudah banyak tanah orang Melayu menjadi hak orang bukan Melayu.Khususnya di P.Pinang,begitu banyak tanah yang dimiliki oleh orang cina.Lama kelamaan,tidak mustahil P.Pinang akan berpisah dengan Malaysia dan mereka akan memerintah sendiri.
  2. Jawatan dalam Kerajaan
    • Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.
  3. Peruntukan biasiswa
    • Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntu Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.--->Kalau dahulu koata(jaminan) untuk pelajar bumiputera ialah 30% dalam mendapatkan biasiswa.Tapi PM kita yang bodoh itu mahu menghapuskan koata tersebut,kononnya untuk lebih kompetitif.Sebenarnya adalah kerana tekanan daripada rakan cina dan india yang tidak tahu bersyukur itu.
  4. Bantuan Ekonomi
    • Peraturan hendaklah dibuat untuk memboleh orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahan dan aktiviti ekonomi lain.---->Ini lagi la bodoh!Kerajaan cuba buka mata zahir dan mata hati!Tengok la ni Mid Valley,KLCC,Times Square,Pavillion dan banyak lagi pasaraya besar,MANA PENIAGA MELAYU KITA????Berapa kerat saja dapat kelihatan peniaga kita,hampir 80-90% peniaga di sana ialah CINA!!!Ya,peniaga kita pun ada,tapi bukan di supermarket,namun cuma di kaki lima,di tepi longkang,dan kalau tinggi sikit mungkin di bazar.Tolongla,Melayu seakan2 mengemis di bumi sendiri.


p/s ; Lama kelamaan,negara kita bukan lagi Melayu yang tuannya.Tapi bangsa cina dan india.Perdana menteri pun mungkin cina atau india.Orang2 besar semuanya daripada bangsa itu.Nama Malaysia sudah tidak ada lagi,mungkin akan ditukar menjadi Chinese-sia.Orang Melayu pada ketika itu akan menjadi bangsat di tempat di mana dahulunya kepunyaan mereka secara hakiki.?

LAILATUL QADAR

"…(iaitu) ada pada bulan Ramadhan. Kerana itu, hendaklah kamu mencarinya pada sepuluh hari terakhir. Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29, atau malam terakhir." - HR Ahmad

Lailatul Qadar adalah satu malam istimewa yang dikurniakan kepada umat Muhammad SAW lantaran kebimbangan Baginda terhadap usia umatnya yang semakin pendek. Bagi mengatasi keraguan ini, maka Allah SWT menurunkan malam Lailatul Qadar yang membawa pahala seperti beribadat selama 83 tahun. Ini bagi menyamakan jarak masa umat terdahulu dengan umat Baginda pada hari ini dalam mengerja dan mendapatkan pahala beribadat.

Suatu masa Baginda hendak memberitahu kaumnya mengenai tarikh Lailatul Qadar yang tepat tetapi terjadi satu pergaduhan di antara dua orang muslim. Jelas Baginda, maka itu rahmat (tarikh Lailatul Qadar) telah diambil kembali. Sesungguhnya perbalahan kerapkali menyebabkan kita kehilangan nikmat dan rahmat. Justeru, Baginda menyarankan kepada kaum muslimin agar menghubungkan silaturrahim kerana ia adalah amalan yang lebih baik daripada solat, puasa dan sedekah. Silaturrahim juga akan meningkatkan iman di dalam sesuatu kaum.

Pada zaman Rasulullah SAW, ramai ulama dan sahabat menyambut Lailatul Qadar dengan tekun mengerjakan ibadat. Rasulullah SAW sendiri tidak pernah leka dalam hal ini walaupun Baginda telah dijanjikan tempat di sisi-Nya. Malahan Baginda khusyuk beribadat sehingga kakinya bengkak tanpa memikirkan kesakitan yang ditanggung.

Rasulullah SAW telah menjelaskan di antara tanda-tanda Lailatul Qadar ialah:

· Malam yang sepi, tenang dan bercahaya;

· Tidak panas atau sejuk (sederhana) seolah bulan memancar terang;

· Tiada petir atau kilat sabung menyabung sehingga subuh;

· Pada paginya matahari akan timbul tanpa pancaran cahaya, seperti bulan mengambang

Tanda ini amat jarang ditemui, kecuali tanda terakhir yang pernah terjadi. Andai bertemu dengan malam ini, maka ucapkanlah doa berikut yang bermaksud:

"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang mengurniakan keampunan terhadap dosaku. Dikau suka mengampun, maka ampunilah daku."

Pada malam ini juga Jibrail a.s akan turun ke bumi dan mengarahkan setiap malaikat berkunjung, memberi salam dan berjabat tangan dengan mukmin yang sedang beribadat di rumah mereka. Namun malaikat-malaikat ini tidak akan mendatangi mana-mana rumah yang di dalamnya ada haiwan-haiwan peliharaan yang haram, penzina, juga rumah yang di dalamnya tergantung perhiasan atau gambar haiwan dan manusia. Justeru, awasilah perlakuan kita dan sentiasalah berusaha meningkatkan iman, terutamanya dalam Ramadhan ini.

Semoga bersua dengan Lailatul Qadar dan wassalam.

Saturday, August 29, 2009

PELBAGAI RESIPI SEMPENA RAMADHAN

Bulan puasa memang ramai peniaga Melayu kita yang berniaga di bazar ramadan mahupun di tepi jalan.Pastinya mereka mahukan masakan mereka lain daripada yang lain.Begitu juga dengan ibu-ibu di rumah,mereka tentunya mahu menyediakan masakan yang paling istimewa untuk suami dan anak2 yang tercinta sebagai juadah berbuka puasa.

Sebagai hasrat untuk menolong Melayu kita,saya sediakan pelbagai resipi & menu untuk rujukan anda semua.Lebih 100 resipi nasi,ayam,ikan,sotong,ketam terdapat.Kuih-muih dan pencuci mulut seperti puding juga ada!Selamat memasak!!!slurrrrpppp!

TERIMA KASIH KPD ISU HANGAT


Friday, August 28, 2009

OH...IBU..

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku .. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada
pasanganku

Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

ANTARA EMAK & PASANGAN

Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Mak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

MARI KITA TOLONG SAUDARA KITA


Kepada kawan- kawan dan teman- teman semua, marilah kita memberi sedikit sumbangan kepada sahabat kita ini yang menderita akibat tumor mulut. Adik Suhaida 9 tahun anak yang keempat dari enam adik beradik, berasal dari Kuala Balah, Kelantan. Pekerjaan ayahnya adalah penoreh getah manakala ibunya seoarang surirumah

Sumbangan tuan puan boleh di salurkan ke a/c maybank (164342225893) insyaAllah, dengan sedikit sebanyak derma tuan/ puan itu akan memberi harapan yang besar kepada adik Suhaida disamping akan di berkati oleh Allah dunia hingga ke akhirat kelak. amin...


Tok guru Nik Aziz saman media isu Syurga

Laporan serangan yang dikiraa fitnah tiga media pro Umno ke atas peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya berhenti, apabila Mursyidul Am PAS itu mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3.

Penasihat Undang-Undang PAS Mohamed Hanipa Maidin pagi tadi menjelaskan Nik Aziz mahu ketiga-tiga media terbabit menarik semula kenyataan 'isu Surga dan Islam Palestin' serta memohon maaf secara terbuka dalam masa tujuh hari kepada anak guamannya itu; sekiranya tidak mahu saman itu diteruskan.

Masa yang diberikan adalah prosedur biasa dalam perundangan dan Hanipa menjelaskan bahawa tuntutan guamannya itu tidak terikat pada masa pilihanraya kecil Permatang Pasir; iaitu sehingga 25 Ogos depan.

Sambil menyifatkan laporan-laporan terbabit berniat jahat (mala fide), Hanipa menjelaskan bahawa ianya berbeza dengan pendedahan yang dilakukan PAS ke atas calon Umno Rohaizat Othman.

"Berbeza dengan pendedahan yang dibuat (ke atas) Rohaizat. Apabila kita mempertikaikan kredibiliti Rohaizat (calon Umno), kita (PAS) mempunyai bukti-bukti dan kita tidak bercakap tanpa bukti-bukti. Bukan kita bercakap dengan ambil kenyataan yang kita reka (manipulasi)."

"Mereka menyerang (peribadi) tanpa mengenal pasti apakah kenyataan sebenar Tuan Guru (Nik Aziz). Itu adalah (laporan) mala fide (berniat jahat) tiga media terbabit."

Tambahnya lagi, Nik Aziz sudah memohon injunksi supaya kenyataan-kenyataan yang memfitnah dirinya tidak lagi disiarkan media-media terbabit.

"Jadi, kita harap dengan pendedahan terbaru Tv3 tentang apakah rakaman sebenar yang dibuat Tok Guru (Nik Aziz), supaya menghentikan segala serangan peribadi ke atas Mursyidul Am PAS."

Semalam, Buletin TV3 mendedahkan rakaman sebenar kenyataan Nik Aziz.

"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik (bukan Palastin). Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.?

Sejak seminggu lalu, beberapa media arus perdana melaporkan Nik Aziz - "anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin".

Kalau saman sahaja alat untuk menghentikan fitnah mengapa tidak dilakukan oleh sesiapa sahaja tak kira UMNO atau pun PAS. Ini supaya politik Malaysia bersih dari fitnah menfitnah. Jika tiada bukti boleh kena saman

Thursday, August 27, 2009

puasa datang lagi....

haa....puasa mai lagi....syukur la weh...arap2 poso taun ni ambo cukup supo taun2 lepas..tp gak poso perut sajo gak xcukup..keno jugok poso dalaman nih..keno la jugok kito poso mulut,mata,tangan,telinga dan otak....

ni la firstime aku poso kt negeri ore...adoi rindu bangat sama kg halaman...kt kg lagi besh,solat ngan family aku...bukak poso pom sama2..tp kt cini sumanya keno wt sendiri...xpo la,aku kan dah besar keno la blajar wt suma 2...

xsabo la nk kelik kelate..indu ko kampung la...makanan kt kelate jauh ag besh kt cini...he he he...2 mngu ag aku balik la....kota bharu,tunggu!!!KAWE CABAR DEMO!!!

Friday, August 14, 2009

cerita XPDC 80KM



teringat la plop time xpdc 80 km ari tuh...mmg besh siot...mencabar tahap gaban....sekang suma duk berjauhan sbb sambung belajar...
xpdc 80 km ni sbb kami nk dapat lencana xpdc...ianya salah satu dr 5 lencana tertinggi raja...pas dapat suma 5 lencana ni baru kitaorang akn dpt LENCANA RAJA....n syukur kami semua dapat PENGAKAP RAJA tau...





ni suma member team aku...sumanya 10 org...dari kiri ; pudin taiko,
tiki 'tik tong'(aku la tu..), firda 'romeo',judin 'penyu',nick '50cent',
mat we 'mecap', paeh 'pok chik', adam 'komplen', & iwe 'besi'
yang amik gambar ni nama dia imran 'gigi'....


makanan paling lazat di dunia time 2....haaa...baru tau bersyukur...time 2 makanan ni lg berharga dari sejongkong emas....
menu SPESEL ; nasi putih + telur dadar + kentang & ayam kari....


zack 'tukang urut' ni member team len tp satu sekolah gak ngan aku.....
mmg terror mengurut tau....yang diurut kt bawah 2 aku xtau la plop sape,lupa daaa...



haaaa....lupa la ni kt mana....he he he....
nampak jer cam semangat sebenarnya letih 2...




perjuangan aku lum berakhir...byk ag aku kena tempuhi.....zasssss


Saturday, August 1, 2009

DEMONSTRASI ANTI-ISA


INI BERLAKU DI NEGARA KITA,MALAYSIA!!



Seperti dijangka Gerakan Anti-ISA tidak bertempur dengan PRO-ISA tetapi bertempur dengan FRU. FRU berjaya menghalang Anti-ISA ke Istana Negara apabila seperti biasa menghalang dengan pancutan air water canon dan asap pemedih mata.



SEORANG PELAJAR MELONTAR SEMULA GAS PEMEDIH MATA KEPADA ANGGOTA FRU



WALAUPUN DISEMBUR DENGAN AIR ASID DAN GAS PEMEDIH MATA RAKYAT TETAP MARA DEMI KEADILAN NEGARA


SEGELINTIR DRPD ANTI-ISA BERUNDUR KRN GAS TERLALU BANYAK

TV3 SUKU HANYA 1000 ORANG SHJ

SAMPAI TERKOYAK BAJU.....SB vS RAKYAT



AKIBAT MENENTANG KERA-JAAN....KAN NAJIB DAH KATA JANGAN...




TIADA GAS PEMEDIH MATA...TIADA CANNON WATER...
(HANYA UNTUK PRO-ISA@PAK TURUT KERA-JAAN SHJ)

MORAL ; BEGILAH LUMRAHNYA,YANG BENAR DAN MAHU MENEGAKKAN KEADILAN AKAN DITINDAS OLEH MEREKA YANG KEJAM....RAKYAT MAMPU MENILAI SENDIRI SIAPA YANG BENAR & SIAPA YANG SALAH.....



Friday, July 31, 2009

alahai perempuan...

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang....
muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan ygdiganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam herofilem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuantuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengoksaja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus... penuhkasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya
tersebarkalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?..

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas
perempuanperempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas
perempuanperempuan akan cakap: naluri pembantu, memangbegitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder tocry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

***** Women, The Big Issue ******

If you kiss her, you are not a gentleman.
If you don't, you are not a man.
If you praise her, she thinks you are lying.
If you don't, you are good for nothing.
If you agree to all her likes, she is abusing.
If you don't, you are not understanding.
If you make romance, you are an "experienced man"
If you don't, you are half a man.

If you visit her too often, she thinks its boring.
If you don't, she accusses you of double crossing.
If you are well dressed, she says you are a playboy.
If you don't, you are a dull boy.
If you are jealous, she says it's bad.
If you don't, she thinks you do not love her.
If you attempt romance, she says you don't respect her.
If you don't, she thinks you don't like her.
If you are a minute late, she complains it is hard to wait.
If she is late, she says, that's a girl's way.

If you visit another, she accuses you of being heel.
If she is visited by another, "Oh it's natural, we are girls"
If you kiss her once in a while, she professes you are cold.
If you kiss her too many times, she yells that you are taking advantage.
If you fail to help her in crossing the street, you lack ethics.
If you don't, she thinks it is just one of the man's tactics.
If you stare at others, she accuses you of flirting.
If you talk, she wants you to listen.
If you listen, she wants you to talk.

Oh God! We created these creatures called "women"

So simple, yet so complex
So weak, yet so powerful
So confusing, yet so desirable.
O Lord....tell me what to do.
Amen.

Wednesday, July 22, 2009

Peribahasa Melayu Dalam PPSMI

Peribahasa melayu yang di'translate' bagi yang kurang fasih berbahasa melayu...Huhuhuhu...

1) frog under coconut shell

2) monkey in the jungle in will milk, child at home died of starvation

3) let the child die, please do not custom perish

4) throw stone hide hand

5) already fell in befall ladder

6) harpoon two eyes

7) wife will love live will stay, child will honey will hand hand

8) banana fruit twice

9) sparrow equivalent hornbill which flaying with

10) dog barked hill