Pada 5 Ogos 2009, Mohd Razali Abdullah (Ahli Jawatankuasa Pusat Khidmat Krisis Sehenti, Dewan Bandaraya Pulau Pinang, ahli JIM) telah dituduh oleh Jeff Ooi (Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang) sebagai 'ekstremis agama' kerana Razali merupakan ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM), dan JIM pula meletakkan visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020. Lim Guan Eng pernah berkata akan mengikut cara Umar Abdul Aziz, tetapi staffnya menyelar syariat Islam secara terbuka. Ketua Menteri kata lain, staff kata lain.
Di Selangor, pada 30 Julai 2009, Ronnie Liu (Exco Kerajaan Negeri Selangor) telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam memulangkan semula minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbanika di Jalan Liku, Seksyen 8. Ronnie Liu juga turut campur tangan dalam operasi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah premis Bandar Sunway selepas itu. Ronnie menyatakan bahawa bir bukanlah minuman keras. Namun Khalid Ibrahim tetap membela Ronnie Liu.
Dalam hal ini juga , wakil wakil ahli syurga dari PAs seperti Tuan Guru Dr . Hassan Ali ( ulama juga kot ) senyap membisu. Jadi mungkin betul lah fatwa yang dikeluarkan oleh ustat Ronnie tu. Kalau haram dan tak betul fatwa Ronnie Liu tu, misti PAS dan ADUN - ADUN PAS akan bersuara menentangnya. Merekakan penjaga islam sebenar. Mereka tak takut dan rela berjihad apa sahaja jika ia tidak betul dan melanggar hukum islam.
Cakap berdegar-degar PAS dan DR Hassan ini dan semua pemimpin PAS seluruh negara. Nak hudud kononnya. Sekarang sepatah haram tak berani nak sebut hudud. Kena bakar dik api neraka kita nanti bila perkara tidak benar dan haram kita tak berani menegurnya. Kalau UMNO atau BN le yang keluar fatwa macam tu maka terus dikafirkannya.
Macam ni nak laksana hudud? Nak tegur Ustat Ronnie pun kemetot. Sudahlah.Mulut anda pasti dibakar api neraka nanti kerana berbohong dan tidak berkata benar dan berdiam diri padahal anda mampu bersuara kalau pun tidak berjaya menghentikannya .
Inilah akibat bila berkawan dengan DAP. Di Pulau Pinang, DAP telah menyelar syariah Islam sebagai ektremis. Di Selangor, DAP sudah halang operasi membasmi arak dan maksiat oleh pihak berkuasa tempatan. Biar pun didesak untuk letak jawatan, tetapi dua orang DAP ini tetap dibela. Dulu kata hendak amal ma'aruf, nahi mungkar, sekarang ini wakil rakyat berbogel dan bersekedudukan dibela, bir dikatakan bukan minuman keras dan syariah Islam dicaci sebagai pelampau. Padahnya mengundi DAP. Jangan menyesal kalau DAP buat perkara yang lebih teruk lagi selepas ini. Buat orang-orang PAS, berkawanlah lagi dengan DAP, banyak untungnya bukan?

0 comments:
Post a Comment