Pages

Saturday, March 6, 2010

Akibat Tolak Hukum ALLAH.

Hampir setiap hari, ada sahaja berita-berita jenayah yang berlaku di segenap pelusuk tanah air tercinta dipaparkan oleh media. Kes rompak, rogol, bunuh bukanlah sesuatu yang asing buat kita rakyat Malaysia pada ketika ini.Anak luar nikah pula dilaporkan semakin hari semakin meningkat jumlahnya.

Berikut statistik bilangan anak luar nikah di antara tahun 1999 dan 2003 ;

Selangor = 12,836
Perak = 9,788
Kuala Lumpur = 9,439
Johor = 8,920
Sabah = 8,435
Negeri Sembilan = 4,108
Pahang = 3,677
Kedah = 3,496
Pulau Pinang = 3,412
Melaka = 2,707
Kelantan = 1730
Perlis = 691
Sarawak = 617
Terengganu = 574

Jumlah = 70,430.





Anda jangan terkejut dulu kerana sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat, semalam

Apapun statistik hanya menunjukkan bilangan anak luar nikah DIDAFTARKAN sekaligus bukan jumlah sebenar keseluruhan anak luar nikah di Malaysia.

'Hebat' bukan?Inilah akibatnya tolak hukum Allah dan guna hukum buatan manusia.Anda fikirlah sendiri.

Wednesday, March 3, 2010

Hidup Islam!Hidup Melayu!



Isu penindasan kaum Cina di Pulau Pinang menjadi polemik hangat diperdebatkan di seluruh Malaysia.Berita penindasan kaum Cina terhadap tuan negara ini iaitu bangsa Melayu terpampang di dada-dada akhbar dan hangat diperkatakan samada di pejabat,sekolah,mahupun di kedai-kedai kopi.

Penindasan yang diketuai oleh 'Ketua Komunis Malaya' Lim Guang Eng menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap bangsa Melayu yang merupakan tuan punya tanah.Mungkin Guang Eng berasa berani kerana mengikut statistik,bangsa Cina merupakan bangsa majoriti di Pulau Pinang.Namun,jika kail panjang sejengkal,lautan dalam jangan hendak diduga.Mungkin dia lupa bahawa Melayu Islam tetap merupakan bangsa majoriti di Tanah Melayu (Malaysia).



Kami Melayu Islam akan mempertahankan tanah air kami daripada dinodai oleh kafir laknatuLLAH saperti Lim Guang Eng.Kami tidak sanggup melihat saudara kami mengemis di negeri sendiri.Itu janji kami.Jika kalian benar-benar berani,kami cabar kalian.Tengok apa tindakan kami.

Pulau Pinang bakal jadi seperti Singapura.


MELAYU tidak mampu lagi tinggal di Pulau Pinang berikutan kenaikan harga rumah dan percukaian hartanah. Di mana mereka tinggal sekarang? Kebanyakan dalam rumah kecil dan sesak seperti Tanjung Tokong dan Rifle Range.

Mereka turut menghuni rumah pangsa satu bilik, di atas tanah wakaf, tanah terbiar, 'tanah tumpang' atau tanah Tol kerajaan. Berdasarkan ringkasan laporan disediakan bersama Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU), pemilikan tanah Melayu di sebelah pulau merosot berikutan perpindahan mereka ke Daerah Barat Daya selain Seberang Prai Utara, Seberang Prai Tengah.

"Kalau kerajaan negeri menyedari masalah Melayu terpinggir di Pulau Pinang maka perlu dan tiba masanya untuk mereka duduk bersama mencari satu pelan tindakan baru untuk menyelesaikan keadaan sekarang ini. Kita lihat tidak ada (tindakan kerajaan)," kata Presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMM), Rizal Faris Mohideen Kadir.

Presiden GPMS, Jais Abdul Karim, berkata "kerajaan negeri hendak 'menghalalkan' peniaga Batu Feringgi yang merangkumi 99 peratus Cina. Kenapa ada sikap sebegini?".

"Kita bukan bermusuh dengan penduduk Cina dan India yang ada tetapi masalahnya ialah Guan Eng. Itu adalah fokus masalah kita," kata anak jati Kampung Melayu Tanjung Tokong itu.

Beliau mengimbas kembali janji pemimpin parti pembangkang dalam kempen pilihan raya umum 2008 lalu, bahawa perkampungan Melayu di Tanjung Tokong akan dijadikan tanah warisan. Tetapi selepas mengambil alih kerajaan negeri, mereka mendakwa tiada kuasa dan kawasan itu adalah tanah Kerajaan Persekutuan.

"Bagi saya, ini satu pembohongan dan penipuan yang sejelas-jelasnya kepada orang Melayu di Tanjung Tokong yang memberi kepercayaan kepada mereka, kononnya mengundi mereka adalah demi mempertahankan tanah berkenaan. Hari ini, orang Melayu di Tanjung Tokong masih lagi berhempas pulas dan berjuang untuk mempertahankan tanah itu," katanya.

Perkampungan yang dihuni 3,000 penduduk itu adalah tanah Tol yang sudah dibatalkan hak milik oleh kerajaan negeri. Dengan mencadangkan statusnya ditukar kepada kampung warisan maka kampung itu akan dikekalkan.

"Kalau berani, kami cabar kerajaan negeri untuk datang dan robohkan perkampungan kita. Lihatlah apa tindakan kita. Jadi kami kini umpama tinggal di perkampungan setinggan sebab tidak tahu tanah itu hak milik siapa. Dia nak halau kami bila-bila masa saja boleh," katanya.

Beliau difahamkan kawasan itu hendak dimajukan dengan pangsapuri mewah yang mencecah RM1 juta seunit dan penduduknya yang 100 peratus Melayu akan dipindahkan ke lokasi lain.

"Bagaimana orang Melayu di kampung itu yang kerja kilang dengan gaji RM1,000 sebulan nak beli rumah itu? Semua ini bertujuan menghalau orang Melayu dari pulau ini dan pulau ini hanya boleh diduduki orang yang berpendapatan tinggi," katanya.

Sebaliknya, kerajaan negeri menjemput penduduk Singapura dan Hong Kong datang mendiami Pulau Pinang sebagai rumah kedua mereka.

Jais turut mendedahkan dasar komuniti perniagaan dan sektor swasta Cina di negeri itu yang mewajibkan syarat menguasai bahasa Mandarin untuk calon yang mahu mencari pekerjaan. "Perkara itu adalah mustahil bagi orang Melayu. Ini benda yang tak masuk akal dan kita sedar bahawa inilah agenda dia sebenarnya dan ke mana arah dia nak bawa Pulau Pinang ini memang cukup jelas bagi kita," katanya.

Tok Guru ; Awang Adek kulit muka tebal seperti tapak kaki.


Menjelaskan apa yang berlaku Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sifat malu hanya ada pada orang mukmin sahaja.

“Tetapi orang yang kulit muka tebal seperti menggunakan kulit tapak kaki kerana tidak akan ada perasaan malu,” katanya pada persidangan Dun terbabit.

Isu berkenaan ditimbulkan Wan Yusof Wan Mustafa (PAS-Gual Ipoh) ketika Abdul Fattah menjawab soalan Mohamad Awang (PAS-Gual Periuk).

Persidangan Dun Kelantan berakhir tengah hari tadi.

Awang Adek conteng arang di muka sendiri

"Ambo memang tak tahu malu".Mungkin itu lah bisikan hati beliau setelah ‘merampas’ tempat Menteri Besar melakukan upacara pelepasan pelumba Le Tour de Langkawi (LTdL) dibangkit pada persidangan Dun hari ini.

Hassan Mahmood (PAS-Tawang) mahu perkataan biadab digunakan bagi menggambarkan situasi sebenar yang berlaku semalam kerana ada cubaan memalukan seorang ketua kerajaan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood (gambar) berkata, beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sambutan LTdL peringkat negeri telah menetapkan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melakukan upacara pelepasan tersebut.

“Malah dalam surat-surat yang dihantar kepada ketua-ketua jabatan telah disebut dengan jelas flag off akan dilakukan Menteri Besar. Dan semua orang telah maklum perkara itu.

“Dalam mesyuarat sebelum itu hanya nama Menteri Besar dan Pemangku Raja sahaja yang disebut untuk melakukan pelepasan.

“Namun memikirkan majlis itu berlaku dalam tempoh singkat dan kesibukan Pemangku Raja maka telah diputuskan Menteri Besar melakukan flag off. Langsung tidak ada nama Awang Adek,” katanya ketika menjelaskan peristiwa semalam pada persidangan Dun.

Pada upacara pelepasan pelumba LTdL bagi peringkat pertama Kota Bharu ke Kuala Berang, Terengganu semalam difahamkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) tiba-tiba meminta Awang Adek melakukan pelepasan sedangkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masih berada di situ.

Lebih mendukacitakan lagi apabila Menteri Besar pada awalnya tidak dibenarkan menaiki pentas utama pelepasan setelah Awang Adek dan pengarah JPP lebih awal berada di atas.

Ekoran itu difahamkan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan mengarahkan Menteri Besar diberi tempat di atas pentas terbabit bersama Awang Adek.

“Namun ketika itu bendera untuk flag off telah berada di tangan Awang Adek. Menteri Besar hanya berada di atas pentas sekadar memerhati apa yang dilakukan Awang Adek,” kata Abdul Fattah.

Menurut sumber lain, sabotaj itu difahamkan telah dirancang lebih awal oleh Umno yang berselindung di sebalik JPP bagi memalukan ketua kerajaan Kelantan.

Anggota Exco terbabit berkata, pada jam 9.15 pagi sebelum upacara pelepasan dilakukan tidak ada perubahan lagi dari segi protokol untuk melakukan flag off.

Namun katanya, ketika pelepasan mahu dilakukan tiba-tiba juruacara majlis menyebut nama Awang Adek, sedangkan Menteri Besar masih ada di situ.


Gambar: Awang Adek flag off peserta LTdL dari Kota Bharu ke Kuala Berang, semalam.

“Ini sesuatu yang betul-betul memalukan tidak pernah berlaku sepanjang 20 tahun pentadbiran kerajaan PAS.

“Malam tadi saya telah memaklumkan apa yang berlaku dalam facebook perdana menteri. Dan sekarang kerajaan negeri sedang mendrafkan surat untuk menghantar bantahan rasmi kepada Perdana Menteri,” ujarnya.

Beliau juga dimaklumkan pada petang sehari sebelum program berlangsung Ketua Umno Bachok terbabit meminta baju rasmi LTdL daripada pihak urusetia.

Tuesday, March 2, 2010

5 artis paling bermasalah di Malaysia

5)Fasha Sandha.
Nama yang tidak asing lagi dengan industri tanah air.Seorang yang tidak putus-putus dengan kontroversi.Digelar perampas suami orang,seorang yang hipokrit dan sangat sosial.Dalam filem nampak baik sahaja,tapi baiknya adalah baik plastik apabila di luar tv perangai mengalahkan harimau.Pernah hangat dengan isu mengedar syabu.Ish,ish,ish.


(pegang apa tu kak?)

4)Norman Hakim.
Haa.Ni lagi sorang mamat ni.'Inspektor' ini ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita yang gedik , Suhaiza Suhaimi.Sebelum ini dia pernah ada krisis dengan Darling Ngasri.Nampaknya dia masih belum insaf.Nak tunggu bala dulu baru nak bertaubat kot.



3)Tiz Zaqyah.
Aik!Ada juda ke?Bukankah dia Nur Amina wanita solehah dalam drama Nur Kasih?Ya,memang benar.Tapi itu semua lakonan semata-mata.Perangai sebenar dia mengalahkan jin.Dalam lakonan pakai tudung,tapi kat luar pakai seksi habis.Sudah banyak gambar seksinya yang tersebar di internet.Terbaru dia dikatakan meneguk air setan ( setan macam dia juga ) dan tinggal serumah dengan teman lelakinya ( adik beradik jin ).


(air apakah itu,air mineral?air kopi?air zam-zam?air setan la tuu kalau botol dah macam tu).

2)Zarina Ann Julie.
Dia ni?Bukan ke dia berlakon drama seram Anak POntianak?Haa..Memang benar.Malah kat luar perangainya lebih menakutkan daripada pontianak.Sebelum ini sudah tersebar di internet mengenai kelakuan negatif Zarina Ann Julie ni seperti gambar bogelnya bersama teman lelaki, berbikini di tepi kolam,besarkan buah dada lah, buat pembedahan hidunglah..dan yang terbaru, gambar Anju tengah bersosial di sebuah kelab malam. Si anju ni memang terkenal dengan fesyen seksinya, siap tindik sana, tindik sini. Pakaiannya pula memang membuatkan kaum Adam terbeliak biji mata.Terbaru,dia ditahan setelah mengaku mengambil dadah jenis ketamin ketika diarahkan menjalani ujian saringan air kencing baru-baru ini.



1)Rosnah Mat Aris
Tahniah kerana mak cik adalah selebriti paling tolol di Malaysia.Pada satu talk-show,Rosnah dengan bangganya menyatakan dia bersikap terbuka dan kerana dirinya seorang ARTIS, dia harus berpakaian begitu. Dia tidak berhenti setakat itu sahaja, dia juga membuat perbandingan dirinya dengan IBU tersayang seorang penonton di studio. Dia mengatakan bahawa sebab ibu wanita tersebut yang kurang sosial dan selalu duduk rumah tidak perlulah segah berhias sepertinya.Apa yang menjelekkan lagi adalah apabila dia sungguh berbangga jika diminati oleh orang yang jauh lebih muda dari beliau yang dipanggil dalam bahasa pasarnya “anak ikan”. Bangganya dia sehingga berani membandingkan dirinya dengan Yang Mulia Rasulllullah dengan Siti Khadijah yang dikatakan sudah tua “bagai nak mampus” tetapi masih berkahwin juga dengan Nabi. Eishh, terkejut besar saya pada waktu ini. Sampai begini Rosnah Mat Aris menghina Nabi.

Mak Cik tak rasa yang mak cik dah singkat ke?Adoi..Bertaubatlah mak cik oii...Sebelum terlambat.



Korang rasa imej dia (dengan umur 55 tahun) macam apa?Macam orang dalam hospital itu kan?

Wardina ; Selebriti Malaysia tak layak bergelar ikon



Wardina Safiyyah (gambar) yang merupakan salah seorang pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) dengan beraninya mengeluarkan kenyataan yang boleh dikatakan agak pedas tetapi bagi kami ianya sungguh berasas dimana Wardina mengatakan yang selebriti Malaysia tidak layak bergelar ikon.Beliau berkata Nabi Muhammad S.A.W. yag paling layak dijadikan ikon kepada semua orang.

Wardina mengatakan sedemikian kerana melihat pada situasi sekarang dimana kebanyakan selebriti Malaysia hanya gah pada cerita-cerita sensasi, memalukan dan mengaibkan berbanding cerita positif yang boleh menjadi contoh dan ikutan masyarakat.

Memang benar jika kita lihat pada selebriti sekarang,perangai seorang artis mengalahkan harimau.Yang perempuan pakai baju macam tak pakai apa-apa,yang lelaki pula dengan imej budaya mana diambil mereka.Ramai artis yang kahwin tak sampai berapa bulan lepas itu bercerai.Yang tukar kekasih macam tukar stokin pun ramai.Yang tak solat ramai,yang terlibat seks bebas ramai,yang tak tutup aurat?Errr...99.99%!


Zed Zaidi ( bang,lelaki pakai rantai boleh ke?Tak takut api neraka ke?)

Namun di sebalik kejujuran Wardina ada si dungu yang tahap kedunguannya memakan diri sendiri tidak bersetuju dengan kata-kata ikhlas wanita ini.Dia ialah Zed Zaidi(gambar).Si dungu ini mengatakan bukan semua artis jahat,bukan semua tak tinggal solat.Aik!Si dungu ini seakan-akan membuka pekung di dada.Solat itu wajib ke atas semua umat islam bang oi.Lagipun kalau lah benar katanya,tunjukkan berapa kerat sangat artis yang mampu dijadikan teladan yang baik kepada penduduk Malaysia ini?Ada ke yang lebih baik daripada Nabi Muhammad S.A.W.?

Jadi kepada Abang Zek,perkara yang benar usah dimungkiri.Nanti memakan diri sendiri.Jangan bercakap benda yang kita jahil tentangnya.Apa yang ada pada artis.Ada ke artis yang promok tentang kewajipan solat?Yang bercakap tentang tuntutan menutup aurat dan sebagainya.Lautan luas jangan didunga jika ilmu agama hanya setitik banyaknya,inikan pula kebenaran hakiki.Hentikan kebodohan anda itu.

Sunday, February 28, 2010

MU vs Aston Villa ; Curling Cup Final



Malam ini bakal menyaksikan kelab bola sepak paling berjaya di dunia, Manchester United,menjulang sekali lagi trofi Piala Liga.Pada musim lepas,Manchester United berjaya menundukkan Tottenham dengan penentuan penalti.

Pengurus bola sepak paling berjaya dunia Sir Alex Ferguson sudah 27 kali berjaya melangkah ke final Piala Liga.Beliau pastinya mengharap pada ayam tambatannya,Wayne Rooney untuk membantu pasukan bergelar Red Devils ini menjulang trofi.



Apapun,keputusan malam ini balak ditentukan oleh 11 pemain yang diturunkan pengurus.Glory,Glory Man United!