Pages

Wednesday, March 3, 2010

Awang Adek conteng arang di muka sendiri

"Ambo memang tak tahu malu".Mungkin itu lah bisikan hati beliau setelah ‘merampas’ tempat Menteri Besar melakukan upacara pelepasan pelumba Le Tour de Langkawi (LTdL) dibangkit pada persidangan Dun hari ini.

Hassan Mahmood (PAS-Tawang) mahu perkataan biadab digunakan bagi menggambarkan situasi sebenar yang berlaku semalam kerana ada cubaan memalukan seorang ketua kerajaan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood (gambar) berkata, beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sambutan LTdL peringkat negeri telah menetapkan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melakukan upacara pelepasan tersebut.

“Malah dalam surat-surat yang dihantar kepada ketua-ketua jabatan telah disebut dengan jelas flag off akan dilakukan Menteri Besar. Dan semua orang telah maklum perkara itu.

“Dalam mesyuarat sebelum itu hanya nama Menteri Besar dan Pemangku Raja sahaja yang disebut untuk melakukan pelepasan.

“Namun memikirkan majlis itu berlaku dalam tempoh singkat dan kesibukan Pemangku Raja maka telah diputuskan Menteri Besar melakukan flag off. Langsung tidak ada nama Awang Adek,” katanya ketika menjelaskan peristiwa semalam pada persidangan Dun.

Pada upacara pelepasan pelumba LTdL bagi peringkat pertama Kota Bharu ke Kuala Berang, Terengganu semalam difahamkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) tiba-tiba meminta Awang Adek melakukan pelepasan sedangkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masih berada di situ.

Lebih mendukacitakan lagi apabila Menteri Besar pada awalnya tidak dibenarkan menaiki pentas utama pelepasan setelah Awang Adek dan pengarah JPP lebih awal berada di atas.

Ekoran itu difahamkan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan mengarahkan Menteri Besar diberi tempat di atas pentas terbabit bersama Awang Adek.

“Namun ketika itu bendera untuk flag off telah berada di tangan Awang Adek. Menteri Besar hanya berada di atas pentas sekadar memerhati apa yang dilakukan Awang Adek,” kata Abdul Fattah.

Menurut sumber lain, sabotaj itu difahamkan telah dirancang lebih awal oleh Umno yang berselindung di sebalik JPP bagi memalukan ketua kerajaan Kelantan.

Anggota Exco terbabit berkata, pada jam 9.15 pagi sebelum upacara pelepasan dilakukan tidak ada perubahan lagi dari segi protokol untuk melakukan flag off.

Namun katanya, ketika pelepasan mahu dilakukan tiba-tiba juruacara majlis menyebut nama Awang Adek, sedangkan Menteri Besar masih ada di situ.


Gambar: Awang Adek flag off peserta LTdL dari Kota Bharu ke Kuala Berang, semalam.

“Ini sesuatu yang betul-betul memalukan tidak pernah berlaku sepanjang 20 tahun pentadbiran kerajaan PAS.

“Malam tadi saya telah memaklumkan apa yang berlaku dalam facebook perdana menteri. Dan sekarang kerajaan negeri sedang mendrafkan surat untuk menghantar bantahan rasmi kepada Perdana Menteri,” ujarnya.

Beliau juga dimaklumkan pada petang sehari sebelum program berlangsung Ketua Umno Bachok terbabit meminta baju rasmi LTdL daripada pihak urusetia.

0 comments: